Monday, December 26, 2011

10 Berita Utama, Anda yang pilih.

Salam berita.
Rasanya masih belum terlewat untuk anda semua mengundi, lakukanya mengikut kehendak hati anada sesuka hati.

Sudah banyak yang dilakukan oleh rakyat Malaysia pada tahun 2011 - antaranya protes besar-besaran di Kuala Lumpur, penyebaran pita seks yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan skandal Cowgate.

Tradisinya, apabila tiba bulan Disember, Malaysiakini akan menyajikan kepada pembaca kami berita terbaik dan isu-isu terburuk sepanjang tahun.

Bagaimanapun kali ini, kami menyerahkan kepada anda untuk memilih 10 berita utama pada 2011. Terdapat 21 kategori berita yang disenaraikan mengikut abjad.

Anda mengundi dengan membuat pilihan anda - '0' untuk paling rendah dan '10' yang tertinggi.

Anda juga boleh mengundi untuk Newsmaker of the Year. Pada tahun ini, terdapat tujuh calon. Mereka ialah:   
    -  Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
    - Ambiga Sreenevasan, penyelaras BERSIH 2.0
    - Penyokong BERSIH 2.0, 'Briged Kuning'
    - 'Datuk T', Shazryl Eskay Abdullah
     - Mat Sabu, timbalan presiden PAS
    -  Rosmah Mansor, 'Wanita Pertama'
     - Ubah, maskot DAP bagi pilihan raya Sarawak

Buatlah pilihan anda. Undilah sekarang!

Keputusannya akan diumumkan pada 27 Disember ini.

Tikus Kelaparan

Salam pagi,
Tikus lapar, sebarang benda yang menguit seperti ada nyawa, pasti dibahamnya. Ingat, lelaki lelakiyang berada di rumah atau di tempat awam...jika pakai kain gombang, pastikan yang kecil tu ditutup rapi...kalau tak , jadi makan tikius nanti...Jangan dipamerkan sesuka hati...


Berita sebegini bukan sekali kita dengar, tetapi dah acap kali keluar..Yang pasti, aku memang benci sangat sangat binatang yang bernama mak menti ni...




Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.
    
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.
    
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
    
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.
    
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
    
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.


Berita sumber disini.

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Muhammad Nur Firdaus, Cikgu SM Dato Seri Amar Diraja Muar

Alhamdulillah, hari ni keputusan PMR sudah pun diketahui. Dua bulan lebih penantian yang ditunggu telah terjawab. Berbagai ragam dan ceritanya , gelak ketawa, sedih gembira, riang  ceria dan berbagai bagai lagi gelagat yang dapat ditonton disetiap sekolah menengah di Malaysia ni.

Bagi yang berjaya, TAHNIAH diucapkan dan bagi yang tidak itu janganlah anggap ini satu kegagalan dalam kehidupan. Tak mengapa, SPM masih ada lagi dan untuk terus hidup, masih panjang lagi perjalanan ini.

Hari ini, ZackJ tak dapat untuk meraikan kejayaan bersama anak sulung , M.N Firdaus. Kerana tuntuntan kerja, hanya isteri ZackJ yang dapat pergi ke Muar untuk mengambil keputusan PMR. Alhamdulillah, dengan adanya teknologi perhubungan yang semakin mudah sekarang di dunia ini, secara tak lagsung, dapat juga ZackJ mengetahuinya dengan cepat.

Tahniah Muhammad Nur Firdaus kerana telah tercapai hajat mu untuk memperolehi 8A, tahniah juga untuk semua cikgu Sekolah Men Dato Seri Amar Diraja Muar. Syukur kepada Allah doa telah dimakbulkan. Tak lupa juga dengan kaum keluarga dan kawan-kawan yang telah mendoakan sama untuk MN Firdaus ini.

Tahniah sekali lagi...

Friday, December 16, 2011

Jangan Baca Sahaja, Jom Bertindak

Salam  malam,
Apa kabar semua??? baik , sihat ..alhamdulilah...
Gambar dibawah ni adalah iklan dari Nuffnang...bukan nak suruh klik pun...
Saja jer gunakan gambar ni..sebab nak bagitahu, bahawa pada hari Ahad ini 18 Dec 2011 di kawasan tempat ZackJ tinggal akan mengadakan gotong royong.

Program ni diatururuskan oleh SRS tempat ZackJ dengan mendapat kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Aktif juga SRS kumpulan ni, tahun lepas pun ada mengadakan aktiviti yang sama... semoga aman semua lah harapnya...

Untuk kali ni, kita semua dah bermesyuarat, barangsiapa yang tak keluar rumah pada hari ini untuk menyertai gotong royong, pihak jabatan akan membuat spotcheck di dalam rumah mereka. Andaikata didapati ada air bertakung dan menternak jentik-jentik, tuah rumah wajib bertanggungjawab dan denda akan dikenakan...

Jika sama-sama membuat kerja amal , insyaallah kawasan taman perumahan kita akan jadi lebih bersih dan selamat setiap masa...

Jadi, kawasan kawan kawan semua macam mana...ada tak program sebegini...

Thursday, December 15, 2011

Yang Betul Yang Tak Betul

Salam betul betul...
Fikirkan sejenak...

"Yang betul dibuat tak betul betul,
Yang tak betul dibuat betul betul..."

Hasilnya, mana yang terbaik jadinya...sebab tulah benda yang tak baik akan cepat mendapat pengaruhnya. Sebab diatas kesungguhan seseorang itu mempromosikan secara bersungguh sungguh.

Perkara yang baik, kebiasaanya hasilnya kurang memuaskan disebabkan seseorang tu melakukanya seperti melepaskan batok di tangga...ala kadar aje adanya...

Renungkan sejenak..adakah kita ni termasuk dalam kitaran yang betul atau sebaliknya???

Wednesday, December 14, 2011

Aku Dipanggil Untuk Mengadap PM

Salam PM,
Apakan daya, aku hanya rakyat biasa. Tak selalu apa yang aku buat itu betul dan tak pulak dikatakan salah.
Semalam, aku terima surat. Surat untuk mengadap PM. Rasa bangga, rasa curiga...di luar sampulnya tertulis dalam bahasa jawa "Private and Confidential" atau bahasa parsinya..." Sulit dan Persendirian".

Ini bukanlah kali pertama aku dipanggil untuk mengadap, malah selalu juga berbual bual bersamanya, bermusyuarat bersamanya, malah pernah juga bersukan bersamanya. Tetapi untuk kali ini terasa lain pula...siap dengan envlop, dan PR nya pula yang hantar by hand. Fuhhh , terasa gila aku pada ketika itu...Apa hal pula PM buat begini, biasanya dia hanya call or email sahaja kat aku. Ini yang membuatkan aku bertambah tanda tanya.

Almaklumlah, YDPA yang ke 14 baru sahaja menaiki tahta. Yang ke 13 Sultan Terangganu Sultan Mizan sudah berangkat pulang. Timbalan YDPA adalah Sultan Kelantan. Aku tahu, PM Najib baru sahaja beramah mesra dengan baginda semua, termasuk juga TDM, TAB dan juga TPM Mahyudin. Aku sendiri menyaksikan hari bersejarah pertabalan baginda.

Aduh...semalam aku juga ada bertemu dengan PM, seperti biasa berbual saja sambil tepuk tepuk meja..Tak pula dia mengatakan tentang apa apa yang penting dan sulitnya. Hari ni lain pula jadinya..Ini mesti ada perkara yang terlalu penting agaknya, sehinggakan ada masa untuk nya berfikir tentang aku...

Sambil tersenyum aku membuka sampul surat yang dikirimkan sambil berkata kepada PR nya... "U ni, semata mata nak jumpa I hanya kerana hendak menyerahkan ini aje. lain kali kalau mahu jumpa I, bawa la buah tangan seperti kek pisang ke, bawa durian ke, bawa cendol ke..baru la betul.." kata ku selamba.

Aku baca suratnya...sah seperti yang aku jangkakan dan tersenyum sendiri sambil berfikir-fikir....

" U tolong beritahu PM, esok I tak sempat nak buat, paling cepat pun 3 hari ya....Kalau U takut nak beritahu, esok I akan jumpa dia sendiri..."

Aku tahu, keesokanya PM akan sibuk dengan tetamu kehormat, jadi kemungkinan dia tiada masa untuk memikirkan aku, jadi esok boleh la aku siapkan apa yang diperlukanya...hahahaha

Kau orang semua ingat PM itu apa, hantu ke, penyamun tarbus ke, ...sekarang aku dah tak berapa nak kisah denganya lagi, tak lama lagikan nak pilihanraya...nilah masanya PM nak berbaik baik dengan rakyat jelata, bagi itu, bagi ini...huhuhu.. dia bagi aku ambil...kalau dia tak bagi, aku pun tak sudi...

Oh yer, tadi PM call aku untuk menayakan tentang surat tu....Err, inprogress sir, by 16th everything ready..

Kau orang nak tau tak, aku bersengkang mata untuk menyiapkanya dan hari ini baru sahaja 40% siap...aku hanya ada masa 1 hari sahaja lagi..mintak2 le siap...

Inilah isi kandungan suratnya...























PM ni , bukanya sebarangan...Plant Manager....bukanya Perdana Menteri...

Tuesday, December 13, 2011

YDPA ke 14, Giliran Sultan Kedah

Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14 merupakan satu penghormatan bersejarah bagi kali kedua dan menjadi satu kebanggaan kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Kedah yang tercinta, beliau dan juga kepimpinan negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri ini terus terjamin.

“Patik serta rakyat berdoa agar KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Menurutnya, agenda Kerajaan Negeri ialah bagi menjamin kebajikan rakyat terus didokong, hubungan baik Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar memberitahu, pastinya, pesanan serta pandangan KDYMM Tuanku Sultan Kedah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan serta panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.

“Patik sekali lagi dengan penuh hormat dan takzimnya melafazkan persembahan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14,” tambahnya.

Sumber : Portal Kedah

Beg Tangan Birkin, Yang Termahal Telah Terjual

Birkin Paling Mahal. Dibuat dari kulit buaya

Baru-baru ini di Dallas, telah dijual beg tangan Birkin yang paling mahal, iaitu semahal US$203,150 (€151,776). Ada orang kira lebih kurang RM650,000.00 Fulamakkkk!!!!

Ko orang ada???

Siapakah pembelinya???


Akukah?

Engkaukah?

Diakah?


Aku ?.. Bukan....

Engkau?.... Mungkin...

Dia?.... Ko boleh Baca dekat sini


Saturday, December 10, 2011

Pilihanraya Kian Menghampiri Kita

Salam pilihanraya...
Sedar atau tidak, 2008 telah bertahun berlalu dan kita meghampiri 2012. Dengan ertikata lain, pilihanraya telah meghampiri kita. Tonggak demokrasi  wajib kita tunaikan. Jika awak-awak semua dah cukup hol untuk mengundi, tunaikan lah tanggungjawab itu.

Bila bila masa sahaja mula sekarang, PM boleh membubarkan parlimen atas perkenan YDPA. Jika kita perhatikan, telah ramai yang meramal tarikh pilihanraya ini, tetapi semuanya tak menjadi, so pergilah menuntut lagi, bagaimana nak menilik dengan betul...
  
Ramai pemimpin-pemimpin di luar sana sedang berteriak, dan ada juga sedang sibuk melobi supaya dijadikan calon, ada juga yang berasa jauh hati sebab dah tahu pilihanraya untuk kali ini akan digugurkan.

Maka berceritalah sang ahli politik ini tentang kemajuan yang telah dicapai, kebaikannya, bernasib baiklah dia yang menjadi YB, bla bla bla...semuanya semacam untuk memuji diri sendiri..naik lif tekan sendiri...

Segala gelagat orang di cemuh, segala usaha orang di anak tirikan, segala baik orang diperlekehkan.. seolah olah hanya dia aje yang betul...

Aku tak cerita tentang pemimpin BN ataupun PR, kekadang tu mereka ni dua kali lima aje...yang terpedaya adalah rakyat jelata...terutamanya yang jauh dipendalaman, yang tiada pendedahan, yang tiada perhubungan maya, yang tidak pernah nak membuka minda...

Tunaikanlah tanggungjawab itu, mengundilah sejujurnya, pilihlah sebaiknya demi negara kita Malaysia.

Jika kau orang semua beum lagi mendaftar, mendaftarlah sebagai penggundi, jangan biarkan diri dimamah usia baru nak daftar. Bertindaklah secara bijak, jangan sia sia kan.

Jika dah daftar, semaklah nama anda disini, pastikan semuanya betul, jangan esok bila tibanya hari mengundi, semuanya hilang atau dialih negeri....

Semak Disini

Friday, December 9, 2011

Aku Diistiharkan Sebagai Jutawan

Salam jutawan,
Selasa 6hb Dec 2011 - Hari ini dalam sejarah.

Di dalam sebuah bank yang terletak di sebuah taman yang popular, Taman Universiti Skudai yang mempunyai kepadatan penduduk yang aku rasa dah tak  tertampung lagi, dengan deretan kedai segala macam sentiasa dipenuhi orang, dengan deretan bank yang berbagai nama kadang kala sesak dilimpihai orang-oarang yeng berurusan denganya.

Dalam banyak banyak bank itu, aku memilih untuk berurusan dengan Bank Muamalat kerana disitu kurang sedikit orangnya. Disinilah terciptanya sejarah, pada hari itu, dengan secara tak sengajanya....Aku telah diistiharkan sebagai....eishhh , nak bagitahu tak ni...

Aku berurusan dengan kerani di kaunter, setelah mengisi 5 borang yang berasingan yang memerlukan tanda tangan aku secukupnya...ishhh ..gigil ni...

Tercatatnya segala butiran mengenai diriku, dengan bersinarnya mata si kerani di kaunter itu...dengan senyuman sang pengurus berbadan tegap disampingnya.....

Serahan terakhir telah ku buat, setelah aku kira berkali kali agar pasti jumlahnya...

"Cik, Tuan...ini duitnya. Minta tolong kira sekali lagi..cukup tak jumlah nya.." kata ku.

Dengan senyuman serta mata bersinar bulat...si kerani menghulurkan tangan untuk menyambut wang yang telah ku ikat-ikat dengan getah...

Zereeettttttt....zerretettttt t, zerteettttttttttt ...bunyi mesin mengira...." Cukup Encik" kata kerani itu...

"Alhamdulillah"...kata ku.

Dia pun mula mengisi segala data yang diperlukan......tetiba....

" Wow....Encik, sekarang ni encik telah jadi JUTAWAN..." dengan senyumanya...hampir terkeluar matanya...

Pelik bin ajaib...aku relex aje bila dengar ayatnya...hanya tersenyum membalas senyumanya.....

Sebenarnya, aku memang dah tahu...wang yang aku bawa tadi memang berjuta jumlahnya...tu yang kira berkali-kali tu.. siap ikat lagi....jumlahnya sebanyak 15,147,000.00

Apa yang aku cerita ni, bukannya aku nak riak dan bermegah dengan duit yang aku ada...duit tu pun bukanya aku nak simpan. Aku cuma nak kirimkan kepada orang yang sangat memerlukan. Mereka lebih berhak menerimanya.

Kerani bank itu nampak kehairanan melihat gelagat aku. 
"Siapa mereka semua ni Encik Kenapa encik nak kirimkan kepada mereka. Apa hubungan encik dengan mereka ni." Soal kerani bank itu pada ku.

Jawabku... "Insan sesama insan, itu adalah hak nya. Walau bukan saudara mara, tetapi saya telah diamanahkan untuk berbuat begitu".

Cuba kau orang bayangkan..Jika kau orang ada duit sebanyak itu, tinggal pula di Malaysia bumi tercinta ini. Apakah sumbangan kau orang terhadap anak bangsa, agama serta tanah air kita????

Bagi mereka yang aku kirimkan itu, mereka hanya boleh bertahan paling lama pun hanya untuk 5 bulan sahaja. Itu pun, jika mereka itu tak boros berbelanja sakan. Kalau boros, 2 hari pun boleh habis..

Itulah bezanya, nilai wang kita Ringgit Malaysia dengan wang jiran tetangga kita...Rp 15,147,000.00, bersamaan RM5500.00 sahaja.


Thursday, December 8, 2011

Lagi LHDN Buat Hal

Salam banyak hal...
Aku memang bengang betul dengan sistem baru ni..Apa nak jadi agaknya dengan pemerintah sekarang ni...kalau dah tau tak ada duit, janganlah nak janji yang bukan bukan pada rakyat jelata..
Tau la, sekarang ni sibuk  untuk memancing penggundi.. Kau nak pancing, pancing lah.. guna la duit sendiri..kalau tak ada duit, jangan la curi duit orang..tak guna betul la...

Kalau masih ingat atau pernah terbaca, bulan Sept 2011, aku ada mengatakan bahawa potongan PCBA untuk bulan itu sahaja melebihi RM900... Kalau belum baca boleh baca disini...klik.

Bulan Nov, aku kena lagi RM426.80..apa kejadahnya...dah lah setiap bulan potong -+ RM1++.++. Agaknya setahun berapa ribu aku kena bayar???? Memang gila orang yang buat sistem ni..

Kalau ikutkan pendapatan isirumah, sebenarnya aku ni diketegorikan sebagai orang orang yang tak perlu kena cukai..Almaklumlah, isteri tak bekerja, anak 6 orang semua dibawah 18 tahun dan semua masih bersekolah pulak tu...

Yang lepas, aku buat tuntutan pun tak berbayar lagi, ini dah potong yang lain pulak....Memang gila kerajaan yang dipimpin oleh Hj Najib sekarang ni...

Sesiapa yang bekerja keraajaan tu...mintak maaf la banyak2... kamu pun semua makan gaji, gaji kamu dibayar oleh pembayar pembayar cukai..jangan nak berlagak untuk menegakkan benang yang basah... Aku mintak maaf, hati aku memang tengah panas sekarang ni...

Umpama membela lembu dalam kondo... tak payah la menyensing lengan, menyelak kain...menghunus keris telanjang...Amanah yang telah diberi tu, tolong la dijaga dengan baik...dasar kerajaan rasuah...

Harapkan pagar, pagar makan padi...

Monday, December 5, 2011

Blog Yang Disirami Gula

Salam manis,
Semalam aku dah taruk itu Puteri Kasih, hari ni aku nak pekena pulak blog simanis..


Pada pandangan aku, blog ni sentiasa dihurungi semut. Semut hitam, semut merah, semut api... Kesian dia ni..
Semut-semut selalu datang sebab blog ni manis...blog ni telah ditumpahi gula....gula pasir, gula kelapa, gula batu, gula-gula dan paling tidak pun gula hack....ehemmm gula yang ada orang kepala botak tu...


Aku suka ke blog ni, baca entri-entri dia...bersahaja aje dan yang paling best sentiasa berselera...bab makan ler ni.....bab sedih pun ada gak...


Patut pun dia ni jadi cikgu sebab pandai berbicara.... 


Jom , kenali blog tersimbah gula ni...





Salam gula manis...

Sunday, December 4, 2011

Puteri Kasih

Salam cuti minggu,
Pagi ni aku keseorangan duduk di negeri orang - Kuala Terengganu. Tiada teman bicara, tiada lawak jenaka, tiada sorak gumpita...

Dari apa tak buat, pagi ni aku dah luangkan masa untuk megodeh blog yang selalu aku singgahi..Tetapi hari singgah dengan cara yang sangat drastik. Hampir 1 jam aku menjelajah di blog nya, yang mana aku tak pernah buat sebelum ini.

Memang best baca semua entri si Puteri Kasih ni. Pengomen setia dia pun memang ramai.
Jom sama-sama kita jelajah lagi...Jika ada sesiapa yang singgah ke blog nya, jangan lupa untuk membaca novel karangan Puteri Kasih Anak Tunggal ni.


Bestkan baca blognya. Selamat berkarya Puteri

Gelagat Mereka Ini

Salam
Jom kita tengok mereka berdua ni...sampai kesudah apa jadinya...Adakah ianya hanya gimik semata-mata..

Dia orang ni sedang berperang...Perang mulut ajer..Jangan sampai sewa pistol dari Polis sudah. Ada baca harian Metro hari ini? Kalau tak pernah baca, boleh baca disini.

Nak tengok gambar ManKereta...Ikut kata Afzal, ini lah gambarnya....Nak baca entri Afzal tentang ManKereta, boleh baca dekat sini...(dot.dot.dot)





















Yang bawah ni, gambar Afzal pulak. Tengah menangis syahdu. Dahsyat juga yer...man..man, kenapa ko dua orang ni perang ek?...ManKereta punya cerita , ada dekat sini juga. ..(dot.dot.dot)
















Aku pulak, kira promosi percuma lah pada mereka  dia orang ni....dua orang ni ..... bijak...bijak..

Kesian Adik Ipar Aku..200 Kereta Ditenggelami Air

Salam syahdu...
Kesian adik ipar aku, baru jer ambil kereta, dah ditenggelami air. Tapi syukur juga sebab beliau serta anaknya selamat. Mereka bernasib baik, hanya selang beberapa minit meninggalkan tempat pakir, air naik dengan mendadak...satu pengalaman ngeri yang pertama dihadapai selepas pulang dari oversea...


Cetak dari Malaysiakini

Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi.

flood in kajangADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan tiga perempat bandar Kajang.

Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.
    
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

flood in kajang"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.
    
Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.
    
Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya.

Saturday, December 3, 2011

Bukan Nak Dengki - Hangat Diperkatakan

Celcom, Maxis, Digi - Hangat
Salam,
Bukan niat hati untuk berasa dengki tetapi cuba fikirkan. Apa yang kita dapat melaluinya?
Berhubung antara satu dengan lain - berbual, bermesej, berMMS. Apa yang kita dapat?
Kepuasan, kegirangan, kesedihan....ah lupakan semua itu....

Baik kecil, besar, tua, muda, lelaki, wanita, warga tempatan, warga asing, cina, india, melayu dan dot dot dot...semua memerlukanya. Ini bukan lagi nak bermegah, bermewah tetapi dah jadi satu keperluan pula sekarang ni...Apa yang kita dapat??? Dari kemajuanya, kemeletopanya, kemantapanya, kekayaanya, kemudahanya...ah! peduli apa aku...

Lihat, apa dah jadi dengan dunia zaman sekarang ni..sehingga satu tahap, kad raya pun hampir-hampir bersawang disana-sini...Ini semua disebabkan oleh benda yang satu ni...Jangan salahkan telifon, ini adalah kemajuan teknologi yang terkini...

Yang jauh dapat di dekatkan, yang renggang dapat dirapatkan, yang putus dapat dicantumkan, malah yang miskin pun boleh jadi kaya...Apa kebenda..ko nak cakap apa lagi...dah zaman sekarang, dunia penuh teknologi...tak boleh nak cakap apa..

Cuba fikirkan. Apa yang kau semua dapat?? Insaflah, sudah sudah le kayakan orang lain...Ya, orang lain pandai mengambil peluang, cepat, pantas, bermula dari langkah pertama...mendaki semaju mungkin...kau? Masih dengan lagu lama?

...Bukan aku nak salahkan tokey kedai, pengendali rangkaian Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya...Mereka semua ni telah mengeluarkan modal yang besar untuk kesenangan kau orang juga...tapi kau tak kan tau guna aje..tau beli aje...tau komplen aje...cukai itu, cukai ini...kau bila lagi...

Kau ingat nak bukak kedai tu senang...nak sewa kedai, ambil lesen niaga, nak bayar cukai dengan kerajaan tempatan, nak simpan stok, peralatan niaga...huhu...ingat cukup dengan dua tiga ribu...tak usah mimpi la..
Nak niaga buger kat tepi jalan pun nak modal dua ribu...kalau rupiah tak apa..ni ringgit malaysia tau tak???

Perlu ke kita ketepikan semua itu?..Tak perlu. Untuk apa kita menolak kecanggihan teknologi ini. Apa yang kau dapat kalau kau tolak semua itu...Dapat rugi ada le...kau orang tengok aje orang lain ketawa sesorang, berbual sesorang, senyum sesorang, marah sesorang sambil jari menekan sesuatu...tangan terlekup di telingga, telingga bergantung dengan wayar...boleh kau buat kalau kau tolak semua tu...tak boleh...

Aku bukan nak dengki, tapi hanya nak kongsi...orang lain buat kesenangan dengan semua itu, jadi kau orang tak nak ke ambil peluang buat kesenangan...setidak-tidaknya, gunakan untuk diri sendiri. Bukan susah mana pun. Kenapalah kau suka sangat menguntungkan orang lain...cuba kau fikirkan...kenapa tak nak untungkan diri sendiri...sekurang-kurangya GST 6% yang dikenakan tak le memudaratkan kau orang yang jadi pengguna setia ni..

Kau tengok ni, cam ner orang lain buat. Heyyyy, kalau aku le...memang tak bagi chan punya...Orang lain boleh, kenapa aku tak???

Jom, tanya dia..apa kata penaja.....Klik sini...HANGAT...

Uniknya Johor Selatan Malaysia

Johor Ku Sayang
Johor sebuah negeri yang agak unik di Malaysia. Uniknya pelbagai variasi. Bermula dari segi budayanya terkenal dengan kuda kepang dan ghazalnya.

Pendidikannya pula mempunyai satu sistem pendidikan yang bersepadu dan seimbang antara pendidikan umum dan agama. Mempunyai sekolah agama di waktu petang untuk anak-anak Johor.Lepasan sekolah agamanya dikatakan boleh menjadi seorang ustaz dan ustazah. Boleh dikatakan majoriti anak Johor boleh membaca Jawi dan mempunyai tulisan jawinya yang cantik. Ini semua hasil pendidikan yang diperolehi semasa sekolah rendah lagi.

Dikala ramai anak-anak Melayu di Malaysia yang menjadi buta jawi, Johor berjaya melahirkan ramai pelajar yang celik jawi.

Johor juga terkenal dengan politiknya yang unik. Istananya mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan iklim politik Johor. UMNO diperanakkan di Istana Johor.

Jika Kelantan terkenal dengan "stronghold" PAS, Johor pula terkenal dengan "Darul UMNO". Bahkan ada mengatakan UMNO adalah "satu agama" bagi rakyat Johor sepertimana bolasepak sebagai "satu agama" di Brazil. Ini menunjukkan betapa Johor begitu erat dengan UMNOnya.

Kita juga melihat Sultan Johor mempunyai keunikkan sendiri. Bermula dari segi pakaian misalnya. Memakai baju Melayu yang berlainan warnanya dengan seluar. Negeri yang mempunyai "tentera peribadi" sendiri iaitu Timbalan Setia. Mempunyai Sultan yang membaca khutbah Jumaat, ada lesen helikopter dan keretapi.

Sejarah kemerdekaan negara juga mencatatkan hanya Sultan Johor yang tidak hadir di Stadium Merdeka ketika perisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957. Adakah Baginda Sultan tidak mengiktiraf kemerdekaan negara?

Itulah uniknya Johor di sisi Malaysia. Pelik.

Dipetik dari Tok Pijat

Sekalung Penghargaan