Saturday, December 10, 2011

Pilihanraya Kian Menghampiri Kita

Salam pilihanraya...
Sedar atau tidak, 2008 telah bertahun berlalu dan kita meghampiri 2012. Dengan ertikata lain, pilihanraya telah meghampiri kita. Tonggak demokrasi  wajib kita tunaikan. Jika awak-awak semua dah cukup hol untuk mengundi, tunaikan lah tanggungjawab itu.

Bila bila masa sahaja mula sekarang, PM boleh membubarkan parlimen atas perkenan YDPA. Jika kita perhatikan, telah ramai yang meramal tarikh pilihanraya ini, tetapi semuanya tak menjadi, so pergilah menuntut lagi, bagaimana nak menilik dengan betul...
  
Ramai pemimpin-pemimpin di luar sana sedang berteriak, dan ada juga sedang sibuk melobi supaya dijadikan calon, ada juga yang berasa jauh hati sebab dah tahu pilihanraya untuk kali ini akan digugurkan.

Maka berceritalah sang ahli politik ini tentang kemajuan yang telah dicapai, kebaikannya, bernasib baiklah dia yang menjadi YB, bla bla bla...semuanya semacam untuk memuji diri sendiri..naik lif tekan sendiri...

Segala gelagat orang di cemuh, segala usaha orang di anak tirikan, segala baik orang diperlekehkan.. seolah olah hanya dia aje yang betul...

Aku tak cerita tentang pemimpin BN ataupun PR, kekadang tu mereka ni dua kali lima aje...yang terpedaya adalah rakyat jelata...terutamanya yang jauh dipendalaman, yang tiada pendedahan, yang tiada perhubungan maya, yang tidak pernah nak membuka minda...

Tunaikanlah tanggungjawab itu, mengundilah sejujurnya, pilihlah sebaiknya demi negara kita Malaysia.

Jika kau orang semua beum lagi mendaftar, mendaftarlah sebagai penggundi, jangan biarkan diri dimamah usia baru nak daftar. Bertindaklah secara bijak, jangan sia sia kan.

Jika dah daftar, semaklah nama anda disini, pastikan semuanya betul, jangan esok bila tibanya hari mengundi, semuanya hilang atau dialih negeri....

Semak Disini

8 comments:

amusingocean said...

visit you to know about your blog. visit my blog
http://www.amusingocean.com

CintaZulaikha said...

tahun depan nih waib nak tunaikan tanggungjawab sb tahun sblom nih tak ngundi..mana taknya, tak daftar lagi..kikiki

puteri kasih said...

bro..jangan lupa undi puteri..hehehe

kay masingan said...

bahang pilihan raya memang sudah terasa..gula-gula pilihan raya juga sudah mula diagihkan...

ch000tz said...

heheheh tak pernah ngundi lagi heheh :p

http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/hanya-5-perkara.html

hyz said...

mengundi ikut pilihan sendiri. jgn terpenganruh dgn mana2 pihak.

fiezah91 said...

tak cukup umur lagik nak mengundi. ekeke :P

Mr. NAZc said...

salam, maaf lama tak online n update blog, sebab baru habis exam n kursus induksi... so sekarang sy dah habis belajar n umur pun dah cukup untuk mendaftar sebagai pengundi :)

Sekalung Penghargaan