Saturday, December 3, 2011

Uniknya Johor Selatan Malaysia

Johor Ku Sayang
Johor sebuah negeri yang agak unik di Malaysia. Uniknya pelbagai variasi. Bermula dari segi budayanya terkenal dengan kuda kepang dan ghazalnya.

Pendidikannya pula mempunyai satu sistem pendidikan yang bersepadu dan seimbang antara pendidikan umum dan agama. Mempunyai sekolah agama di waktu petang untuk anak-anak Johor.Lepasan sekolah agamanya dikatakan boleh menjadi seorang ustaz dan ustazah. Boleh dikatakan majoriti anak Johor boleh membaca Jawi dan mempunyai tulisan jawinya yang cantik. Ini semua hasil pendidikan yang diperolehi semasa sekolah rendah lagi.

Dikala ramai anak-anak Melayu di Malaysia yang menjadi buta jawi, Johor berjaya melahirkan ramai pelajar yang celik jawi.

Johor juga terkenal dengan politiknya yang unik. Istananya mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan iklim politik Johor. UMNO diperanakkan di Istana Johor.

Jika Kelantan terkenal dengan "stronghold" PAS, Johor pula terkenal dengan "Darul UMNO". Bahkan ada mengatakan UMNO adalah "satu agama" bagi rakyat Johor sepertimana bolasepak sebagai "satu agama" di Brazil. Ini menunjukkan betapa Johor begitu erat dengan UMNOnya.

Kita juga melihat Sultan Johor mempunyai keunikkan sendiri. Bermula dari segi pakaian misalnya. Memakai baju Melayu yang berlainan warnanya dengan seluar. Negeri yang mempunyai "tentera peribadi" sendiri iaitu Timbalan Setia. Mempunyai Sultan yang membaca khutbah Jumaat, ada lesen helikopter dan keretapi.

Sejarah kemerdekaan negara juga mencatatkan hanya Sultan Johor yang tidak hadir di Stadium Merdeka ketika perisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957. Adakah Baginda Sultan tidak mengiktiraf kemerdekaan negara?

Itulah uniknya Johor di sisi Malaysia. Pelik.

Dipetik dari Tok Pijat

2 comments:

Nurrul Hazieqah said...

betul2 ! I'm pround to be Malaysian :)

hyz said...

sy jugak sayang johor... yeahhh!!!

Sekalung Penghargaan