"ayah! tunggu-tunggu, adik nak sama-sama" jerit Muhammad Azfar Faris.
terjengkit-jengkit berjalan bersama-sama lengan baju yang basah serta kaki seluar yang tersingsing sebelah.
"ok, ayah tunggu adik la ni. adik sebelah sini, mak dekat sebelah sini" kata ku sambil menunjukan tempat masing-masing.
"adik jangan main-main tau, ikut aje ayah" memberi arahan padanya sebab aku tahu, biasanya dia akan selesai dulu sebelum aku habis memberi salam.
"assalamualaikum w.b.t, assalamualaikum w.b.t"
astaufirrullahhalanzim, astauf...astaufir......"
"mak! cepatla bukak tudung tu, adik nak sikatkan rambut mak"..."adik dah lama tak sikatkan mak tau"...mak tu, asyik sikit sendiri aje. mak tu memang tau"...coletehnya.
Sambil menyikat rambutnya, mulutnya tak habis-habis berceloteh tah apa-apa yang aku kira tiada pemula dan penutupnya. begitulah keletahnya anak ku yang sorang ni...
antara coletehnya.."mak! nantikan adik dah sekolah, adik nak cuba-cuba sunatla. adik dah tak sabar, rasa macam nak sunat aje"...
aku tersenyum rasa gelihati. pada hari isnin selepas pendaftaran sekolah tabika, memang aku ada cerita denganya tentang sunat-sunat ni. aku cadang nak sunatkan hujung tahun ni. aku sangka, dia dah lupa tentang tu. rupa-rupanya perkara tu masih bermain difikiranya....
"ok, hujung tahun ni adik sunat , nak tak? nanti bila adik dah sekolah, adik tak payah sunat lagi" sampuk ku.
"mak dah sunat?" tersentak aku bila mendengar soalanya pada isteriku. aku cuma diam membisu sambil mengerling pada isteriku...
"eh! mak, kecik-kecik dulu dah. lebih kecik dari adik tau." isteriku memberi penjelasan sambil tersenyum-senyum melayan gelagatnya..
"power la mak. mak-mak, tak sakit ke?"
"tak lah, relex aje. perkara yang baik, mana ada sakit". .."mak nak tanya adik ni kalau adik makan, sakit tak?" soal maknya pada anak ku.
"tak! makan kan sihat, nanti boleh gi sekolah. adik makan adik jadi power". jawabnya bersungguh-sungguh.
"makan tak sakit kan? makan kan perkara baik, sunat pun perkara baik, sebab tu tak sakit"..hurai istri ku.
"adik! dengan orang lain, adik jangan tanya macam tu tau. malu la. nanti kalau kat sekolah, adik tanya dengan kawan perempuan, kawan adik nanti marah adik. kalau cikgu dengar, nanti cikgu pun marah adik". kata ku padanya sambil memeluk-meluknya dalam dakapan ku...
cerita ni baru saja semalam berlalu sesudah solat maghrib...
anak-anak zaman sekarang sungguh berbeza ketika aku masih kecil dulu. semasa kecil dulu, aku sering ditakut-takutkan mengenai sunat ni. ada yang mengatakan guna parang la, kapak la, gergaji lah dah berbagai2 lagi ditakutkan oleh orang yang lebih tua dari aku....
Friday, October 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(222)
-
▼
Oct 2011
(28)
- Kasih Sayang - Kejayaan dan Kekayaan
- Games Dan Komputer
- Muflis, Dipenjara
- Masa Berkejaran
- Kisah Pembantu Rumahku, Jepun & Cina
- Hutang Negara RM437 Bilion
- Belanjawan 2012, Kesannya Pada Aku
- Cucu - Cucuku, Senyap Semua.
- Mak Dah Sunat?
- Ketam Ketam Malaysia
- Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 55 Tahun? Ada ke???
- Kucing Dapat Pembelaan, Bayi Bila Lagi?
- Suci Dalam Debu..
- Pengalamanku
- Sydney Opera House
- Teruja 2 - Ben Ashaari
- Jam 4 Pagi
- Mau ke Muar Aku
- Hari Yang Senyap
- Lanjutan Pendaftaran Tabika
- Teruja - Ben Ashaari
- Depan Komputer
- Daftar Tabika
- Seharian Di Rumah
- Belanja Roti Canai
- Hasil Jualan
- Sirap Bandung Cincau
- Alhamdulillah
-
▼
Oct 2011
(28)
9 comments:
betullll..mmg budak2 dulu selalu ditakut2kan dgn parang..kapak..hahhaaaa..
Anak-anak..kalau masih kecik..pastu keletah pulak tu..mesti tanya mcm2..kdg2 tak tau nak jawab...
memang kpah, kekadang tu kita mati akal nak jawab soalanya
masa saya kecik kecik nak tanya mak lebih lebih tentang sesuatu perkara, sumpah tak berani...mak saya garang nak mati! pernah saya dipukul dengan raket badminton (raket dulu raket kayu) sampai patah! tobat benci dengan mak! hehehe...
sekarang ni dah pandai menjawab hehe...mak macam kawan hehehe...
hehe.. btul2.. anak buah sye tu klu tnye soalan bertubi2.. bersambung plak soalan die.. adoiii...
wahhh untung dpt ayah & mak yg jwb camtu..xdela anak jd takot kan :)
terime kaseh singgah+folow+komen blog cik ana :)
luv,
cik ana
si manis sama lahhh ..dulu mak garang x berani nak tanyer..huhuhuhu
simanis
nasib baik raket badminton, kalau sy, y sebat dengan tali pinggang kulit...selagi tak putus tali pinggang tu, selagi tu lah cikmanis ni kena sebat...sorry, gurau aje...tak baik benci mak tau...
lollyshop
anak2 sekarang mmg petah bercakap dan sifat ingin tahu terlalu tinggi
anamizu
mak ayah mmg kena berlembut dgn anak sebab ini adalah latihan untuk mereka. keadaan jgn sentiasa tegang walau anak melakukan kesilapan.
stellaizz
dulu dgn skrg memang berbeza,kebanyakan cara mereka mmg garang. skrg ni dah banyak pendedahan tentang cara2 mendidik anak.
hehe, comel je keletah anak tuan zackJ,tersenyum2 bella bace,.
yang dok kat umah just bella and adik pompuan bella, so bella tak terdedah sgt dngan hal2 sunat,.tmbh2 lagi dr sekolah rendah dan menengah bella sekolah all girls,huhu
bijaknya si anak...mesti jenis yang suka bertanya dan ingin tahu selalu kan..
Post a Comment