Saturday, October 1, 2011

Alhamdulillah

Salam sihat selalu,
Alhamdulillah..terlaksana jua pengisian borang SBP..tinggal nak print and submit pada Guru Besar sekolah untuk pengesahan dan selepas tu hantar ke sekolah yang dipohon.

Mudah-mudahan untuk anak yang ketiga ini berjaya ditempatkan ke SBP. Yang pertama dan kedua dulu dah mohon, tapi tak berjaya walaupun semua syarat telah dipenuhi. Mungkin bukan rezekinya. Untuk penawar dukanya , ZackJ katakan adalah...ini bukanlah jalan penamat untuk berjaya dalam kehidupan. Buktikan bahawa walaupun tidak sekolah di SBP, anak-anak ayah akan tetap cemerlang didalam pelajaran dan mampu untuk menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang, Insyallah. Kejayaan milik setiap insan. yang penting, anak-anak ayah akan jadi orang yang berguna untuk agamanya.

ZackJ juga selalu berpesan dan mengingatkan anak-anak dengan perkataan begini..."Ayah tidak mampu memberikan harta bertimbun untuk mencurahkan kekayaan kepada anak-anak ayah. Ayah cuma ada pensil untuk diberikan, maka gunakanlah sebaiknya untuk meghasilkan apa yang anak-anak ayah inginkan. Mata pensil itulah yang akan mencorakkan kehidupan masa depan anak-anak ayah."

Alhamdulillah, mereka semua faham apa yang dimaksudkan. ZackJ dan isteri sentiasa memberikan sokongan kepada mereka selagi mereka ingin belajar. Usaha dan tawakal kepada Yang Maha Esa.

4 Oct 2011, anak sulung ZackJ - Muhammad Nur Firdaus akan menduduki peperiksaan PMR disekolahnya di Muar, jauh diperantauan...Doa kami sekeluarga, semoga segala urusanya dipermudahkan oleh Allah, hanya kepada Allah kami berserah setelah segala usaha dilakukan. 

Jika ada teman2 terbaca coretan ini, minta sangat-sangat mendoakan kejayaan Muhammad Nur Firdaus. Untuk tujuan ini juga, kami sentiasa doakan kejayaan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR yang mendatang.

Salam muhibah, salam kecemerlangan...

5 comments:

tunz said...

semoga anak zacky dpt menjb soalan PMR dgn tenang dan mendpt keputusan yg cemerlang

ZWAN SABRI said...

Semoga Muhammad Nur Firdaus berjaya tibai semua subject dengan straight A.. insyaAllah.. amin! ;)


MySuaraBlog: Pekerja Yang Dah Tua Kerepot

tnZackJ said...

terima kasih atas doa zwan...semoga zwan juga cemerlang dalam semua kerjaya

tnZackJ said...

tq tunz, semoga tunz juga cemerlang dalam kehidupan

tnZackJ said...

tq tunz, semoga tunz juga cemerlang dalam kehidupan

Sekalung Penghargaan