Monday, October 3, 2011

Hari Yang Senyap

Salam PMR,
Esok 4/10, seluruh sekolah menengah 1 Malaysia akan sunyi dari hiruk pikuk seperti hari-hari biasa.
Itu menandakan PMR sedang bermula.

Signboard "Senyap ! Peperiksan Sedang Dijalankan" akan terpamer di setiap jalan menuju ke dewan peperiksaan.

Ada anak-anak yang ambil PMR? Kalau ada, Zj doakan semoga mereka semua beroleh ketenangan ketika menjawab soalan.

Muhammad Nur Firdaus yang sekarang ni bersekolah di Sek Men Dato' Sri Amar Diraja, Muar. Esok anak ayah akan menduduki peperiksaan..."jawab dengan tenang ya nak...ayah doakan semuga abang beroleh kejayaan yang cermerlang.Walaupun abang jauh dari mak ayah, percayalah abang sentiasa dekat di hati mak dan ayah"

Salam kejayaan

9 comments:

Cikgu Bada said...

semoga anak tuan akan beroleh kejayaan

kaklong said...

good luck anak ayah!

tnZackJ said...

terima kasih cikgu bada dan kak long, semoga anak2 kita semuanya berjaya didalam kehidupan dunia dan akhirat

kay masingan said...

Good luck pada anak-anak yang mengambil PMR 2011. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

tnZackJ said...

terima kasih cikgu kay, semoga semua dapat keputusan yang cemerlang

Ungu Violet said...

semoga berjaya..:)

kpah k-poh said...

tahun ini anak-anak akak semuanya ambik periksa besar...
yg sulung..ijazah akhir di universiti
yg no 2..diploma akhir kolej
yg no 3..bakal SPM
yg no 4..abis UPSR
bayangkan....

kpah k-poh said...

oh yaa..lupa lak nak bgtahu..gud luck utk anak yg PMR tu yaaa...doa ayah ibu sentiasa menjadi tangkal azimat utk anak berjaya..InshaAllah..

tnZackJ said...

Ungu Violet -> terima kasih
Kpah k-poh -> anda ibu yang hebat. semuga anak2 kpah semua berjaya.
terima kasih atas doa semua

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan