Saturday, October 8, 2011

Cucu - Cucuku, Senyap Semua.

Salam belanjawan,
"wah, berat la kalau cam gini" kata cik mat.
"apa yang beratnya cik mat?" tanya ku buat-buat tak faham.

aku dan cik mat boleh dikatakan selalu bertukar pendapat mengenai - ekonomi, politik, sosial, agama dan apa saja yang terlintas terutamanya isu-isu semasa. walau tak mantap hujah-hujah kami seperti orang-orang yang pakar, cukuplah sekadar untuk renungan bersama. yang baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan.

"apa tak beratnya, kau bayangkan, sekarang ni usia aku dah 52th. bermakna aku kena kerja lapan tahun lagilah kalau cam tu. bila masa aku nak merasa duit pencen, wang simpanan / saguhati. agak-agaklah kalau nak kerah tenaga orang. lagi, semakin ramai anak muda menganggur. dia orang nak bagi anak bini makan apa?" nada marah keluar dari mulut cik mat.

"sabar cik mat. mungkin ada pilihan tak?" kata ku untuk menenangkanya.

"zack, cuba kau ambil buku ni, kau tulis apa yang aku nak cakap". kata cik mat
"eh, tak payah la tulis-tulis ni, saya bukan pandai menulis pun" kata ku.
"baik, kalau kau tak nak tulis, kau ingat ni baik-baik" katanya perlahan.

"dalam bajet yang dibentangkan tadi, umur pencen dari 58th dinaikkan kepada 60th. apa rasionalnya? dia orang ni tak fikir ke?" luah cik mat. aku faham apa yang dimaksudkan.

.....untuk dipendekan cerita, antara beberapa buah fikiranya adalah seperti berikut :

1. makin ramailah jadi "penumpang" dalam jabatan.
2. makin banyak yang mengambil cuti sakit. dah tua masih berkerja. apa mereka ni kesah, cukup bulan menyembah mesin atm, cucuk keluar duit.
3. bila sakit, dah tua, produktiviti akan turun, kerja ala kadar jer.
4. peluang nak berjemaah, bermasyarakat akan kurang.
5. akan bertambah ramailah graduan menganggur.
6. mahasiswa / wi akan kempunan la nak kerja kerajaan.
7.
8.
9.
10
11.

ini yang aku ingat, yang lain tu ingat-ingat lupa, sebab tu aku tak taipkanya disini.
 tetapi yang aku tak boleh tahan apabila cik mat kata

" ah! nanti dekat sekolah, ramai atok-atok, nenek-nenek yang akan mengajar cucunya.."......deraian ketawa dari kami pun terhambur keluar...

apa pendapat ko orang??

9 comments:

simanis said...

walau apa pun, saya tetap akan berpencen di usia 55 tahun dan selebihnya itu, jika panjang umur hanyalah utk beribadat kepada Allah...insyaallah...

caliph shuriken said...

hanya satu pihak hidup selesa, tapi yg satu lagi trus sesak nafas nk trus hidup...

puteri kasih said...

kesian yang muda sebab mereka seumpama tidak diberi peluang

Koding said...

Kakitangan yang baru dilantik wajib pencen umur 60....
Utk katitangan yang dah lama, mereka akan diberi pilihan...

Budak Nakal said...

banyak pendapat bila kerajaan umumkan pencen umo 60...bg aku xstuju...

anamizu said...

yg kje swasta mmg xkn pnh dpt bonus bagai lah..yg graduan pulak makin ramai la xde job..sampai bile tah nak jd cmni :(





*cik ana dah tempek blog tnZackJ kat list daddy cool :)

luv,
cik ana

hyz said...

pada saya tak semua layak utk dapat nikmat mcm tu.... sebab ramai yang bekerja ala kadar tapi dapat lebih dari apa yang diaorg bagi... ish3

Anonymous said...

Masing-masing diberi peluang untuk memberi pendapat. Tentang had umur 60 Tahun ini, ada pro dan ada kontra. Pd pdpt saya, umur 60 tahun agak kurang sesuai dengan kerjaya seorang guru. Mungkin kerjaya lain sesuai. Dalam umur 44 tahun inipun saya dah merasa ketidaksuian tersebut. Perangai bebudak yg menaikkan darah, sakit lutut 'kerabat'tangga 4 tingkat untuk ke kelas, waktu malam menyiapkan tugasan untuk persediaan keesokkannya, mata dah kabur untuk memeriksa buku latihan pelajar dll. Walau bagaimanapun tepuk dada tanya selera...

Rahman Hatim said...

sapa la yang bentangkan bajet nih....

Sekalung Penghargaan