Tuesday, October 25, 2011

Games Dan Komputer

Games dan komputer memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anak-anak kita pada zaman sekarang ini. Anak-anak kita dah tak kenal permainan-permainan seperti batu seremban, congkak dan berbagai-bagai lagi permainan kanak-kanak dahulu. Permainan-permainan tersebut hampir pupus ditelan zaman. Kini ia hanya tinggal dalam kenangan kita sahaja.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa sekarang adalah zaman games, komputer dan internet. Memang benar, games, komputer dan internet boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada anak-anak kita. Namun untuk menghalang mereka daripada arus teknologi ini bukanlah merupakan satu tindakan yang bijak. Oleh itu, kita perlu fikirkan satu tindakan yang tidak meminggirkan anak-anak kita daripada arus perkembangan teknologi ini tanpa merosakkan akhlak dan pemikiran mereka.



Oleh itu, kita perlu beri mereka peluang untuk main games, tapi kita buang unsur-unsur negatif seperti seks, keganasan dan kelalaian yang sering dikaitkan dengan games yang dihasilkan oleh programmer-programmer barat. Sebaliknya kita sajikan mereka dengan games-games yang dihasilkan oleh anak tempatan yang mampu memberikan hiburan kepada anak-anak kita dan dalam masa yang sama dapat merangsang minda seperti www.xcellmind.net  dan menanamkan pemikiran-pemikiran yang sihat dan nilai-nilai murni seperti www.games.anakpintar2u.com  terhadap minda anak-anak kesayangan kita. Malah telah banyak pihak yang membangunkan portal-portal pendidikan untuk pelajar menghadapi peperiksaan seperti www.anakpintar2u.com/score2u bagi memanfaatkan kemudahan internet yang mirip kepada games.

Berikut adalah beberapa Kesan Buruk Games yang berunsurkan keganasan, seks dan ketagihan terhadap anak-anak berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar Psikologi dan Pediatrics.

1.Peningkatan gejala gangguan emosi.
2.Peningkatan dan gejala gangguan perilaku.
3.Penurunan prestasi memori verbal (kurang komunikasi).
4.Masalah perhatian/tumpuan seperti hiperaktif, ADD atau ADHD.
5.Menjejaskan prestasi akademik sekolah (ganggu masa belajar)
6.Menjejaskan perhubungan dalam keluarga, seperti hubungan dengan ibu bapa


Semoga perkongsian ini akan mendapat manfaat.....

1 comment:

kay masingan said...

anak buah saya sering keluar rumah untuk ke rumah jiran semata-mata ingin bermain games. Kat rumah komputer x ada games - ada pun main poker tu ja..
ini salah satu kesan buruk games lah ni..:)

Sekalung Penghargaan