Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012, Kesannya Pada Aku

Belanjawan 2012
Salam belanjawan 2012,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.

"Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam."

"Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini.



Kesannya pada aku...
S. Dalam sektor pengajian pekerja swasta, ada satu potongan dipanggil "PCBA" untuk cukai pendapatan, dan setiap bulan akan dipotong dalam lingkungan RM130 - RM 160 sebulan (bergantung pada pendapatan sesaorang pekerja tu).
Tetapi aku sungguh pelik dan terperanjat beruk...bulan September 2011, PCBA aku dipotong sebanyak RM900.00++. Apa? dah gila ke? Bila aku tanya HR, nak tahu apa jawapan dia ?


"Sistem gaji kita dikawal oleh LHDN". Memang sekarang ni, dalam satu tahun LHDN akan buat pemotongan lebih bayak dari biasa. Kalau u nak duit tu balik, u pergi ke LHDN buat permohonan dan akan mengambil masa 1-2 bulan utk dikembalikan duit tu."


Hello LHDN, apa benda yang ko buat ni. Dah gila ke? Kerajaan dah tak ada sumber ke? Duit rakyat pun ko nak baham? 


Jawapan aku, 
Ini semua adalah angkara Kerajaan Malaysia dah tak ada duit. Pilihan raya dah nak dekat. Duit segera diperlukan untuk memutar belitkan pemikiran rakyat.


Aku memang bengang sekarang ni...
Kan lebih baik aku simpan duit tu untuk beli cincin ni.
Cincin Berlian  RM72 juta


 Bingung betollll

9 comments:

simanis said...

Banyak nya dia potong??? Teruk betul! Pastu, bagi bini dia shopping oversea...adeii

kay masingan said...

Banyaknya potongan..ini bukan buat rakyat senang ni tapi menyusahkan...kesian Zack kan...

kpah k-poh Sharifahnor said...

tak pernah pikir apa kesannya...tapi ada terpikir betapa susahnya nak buat belanjawan sendiri..apa lagi nak buat belanjawan untuk negara....

Izzan Zain said...

ape ke jadahnya potong smpi mcm tu sekali...cian awak,dah lah tercungap2 pas raye...pastu gaji kurang smpi 900+....membebankan tul....

afzalsukasuki said...

pada sektor kerajaan mcm sy ni, alhamdulillah la utk tahun ini :)

tunz said...

byk betul kena potong..sakit tuuu..mama nye cukai pun skrg ni dh terlebih bayar...sbb LHDN potong gaji...dpt surat, LHDN hanya maklumkan terlebih byr dn jika dlm masa 3 bulan,bru boleh claim semula...ntah mcm mana dia org tu leh cuai dan senang2 je potong gaji org ek....thn depan ni x tahulah apa yg akan berlaku.

ni belom apa2 sume harga brg dh naik..lepas ni mcm2 perkhidmatan akan turut naik..rakyat juga yg akan menderita

kakngah said...

nak potong.. cepat, pantas dan tuntas.
nak pulang kan??

tnZackJ said...

bab memotong memang le cepat, nak pulang terhegeh-hegeh.

bagi sektor awam memang baik tak dinafikan. untuk swasta tiada apa yang boleh dibnggakan dengan belanjawan ni..

cikguNae said...

Mendengar belanjawan tersebut, saya terfikir harga2 yang akan dinaikkan untuk menampung semua tu.

Kita tunggu...

Sekalung Penghargaan