Sunday, February 12, 2012

Pemutihan & Kesan Sampingan Terhadap Kontraktor Kecil Ladang

Gambar Hiasan
Salam,
Apa pun dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang kerajaan adalah untuk kebaikan negara dan rakyat kerana memberi keselesaan dan jasa kepada rakyat pemberi mandate, adalah menjadi kewajipan kepada sesebuah kerajaan.
Dalam tujuan dan matlamat baik kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat itu pula, adakalanya kerajaan terlupa tentang kesan sampingan ekoran dari dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang ke arah penambah-baikan negara dan rakyat.


Anak muda tempatan bukan sahaja tidak bersedia untuk berada jauh di pedalaman kerana ladang sawit lazimnya adalah merupakan kawasan tersendiri dan terpisah dari dunia luar gara-gara kawasannya yang luas dan letaknya di pendalaman.



Sektor perladangan adalah salah satu sektor yang masih bergantung kepada tenaga buruh dan kurang penyertaan daripada tenaga kerja tempatan yang telah menyebabkan sektor ini terpaksa menggunakan banyak tenaga buruh asing.

Berdasarkan kaji selidik beberapa agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada tahun lepas mendapati jumlah pekerja asing yang bekerja di sektor perladangan adalah seramai 520 449 orang atau 52 peratus daripada jumlah tenaga kerja di sektor perladangan.
Yang pasti, antara yang tidak mampu dihadapi oleh tenaga kerja tempatan untuk mencari rezeki di ladang-ladang sawit adalah menghadapi peperangan dengan pacat yang jumlahnya bukan berpuluh, beratus atau beribu, tetapi jumlahnya tidak terkira banyaknya.

Sehari bersama lelaki Lombok berada di ladang pada 3 Januari lepas membantu saya mendapat jawapan kenapa lelaki tempatan tidak sanggup untuk mengerjakan ladang sawit.Ianya adalah satu hakikat walaupun sangat pahit untuk diperakukan. Seandainya ekoran gerakkan pemutihan yang dibuat oleh pihak berkuasa, maka lelaki Lombok tanpa dokumen dihantar balik atau dikurung di depo-depo penahanan pendatang tanpa izin, mahu tidak mahu industri sawit akan terjejas teruk, malah akan lumpuh.

Dalam pada itu kebanyakan majikan yang mendapat kontrak menguruskan ladang seperti membaja, meracun, pruning sawit adalah terdiri daripada kontraktor kecil. Kalau kos memutihkan pekerja menelan belanja RM3,000 seorang, untuk 10 orang sudah menelan belanja RM30,000.

Potongan yang boleh dibuat barangkali sekitar RM100 sebulan seorang yakni sekitar RM1,000 sebulan untuk 10 orang. Maknanya majikan kena mengambil masa 50 bulan untuk dapatkan kembali kos pemutihan pekerja berjumlah 10 orang.

Dengan 10 orang pekerja majikan tidak mampu menanggung kos pengurusan. Paling sedikit pun kena ada 20 orang. Maknanya untuk kos pemutihan 20 pekerja, majikan kena mengorbankan RM60,000 yang akan mengambil masa 100 bulan untuk dapatkan kembali kos pemutihan.

Kos makanan minum untuk 20 orang pula mencecah RM4,000 sebulan yakni pada kadar RM200 seorang. Itu tidak termasuk kos rokok, ubat gigi, sabun dan keperluan lain. Maknanya kalau kos makan dicampur dengan kos potongan bayaran untuk pemutihan, jumlah yang kena dibayar sebulan adalah RM300 dicampur dengan bayaran balik hutang/pinjaman di negara asal sebanyak RM400, jumlahnya sudah mencecah RM700.

Jika kiriman tidak dipedulikan, ada kemungkinan pula kaum keluarga akan diapa-apakan pula oleh si penghutang. Almaklum, mereka kesini rata ratanya meminjam untuk urusan pasport dan perjalanan. Mereka semua memerlukan sekurang kurangnya RM3000 untuk tujuan itu.

Aku yang pernah bersama sama mereka, sangat faham diatas kesulitan yang dialamai oleh kontraktor kecil dan juga pekerja ini. Ini hanyalah kesulitan yang sangat membebankan. Ini tidak termasuk karenah yang diberikan oleh majikan iaitu pemunya ladang.

Apa yang aku ingin sarankan, pihak kerajaan kenalah peka tentang perkara ini dan bukalah kembali program pemutihan secara terbuka tanpa melibatkan agen agen yang banyak mencekik darah diatas program yang dijalankan. 

Luahan salah seorang kontraktor kecil yang aku temui .."Ianya sangat membebankan, kami kerja bukanya dapat untung yang besar, kekadang tu hanya cukup duit minyak sahaja. Segala kebajikan pekerja ingin dijaga sehingga sendiri pun tidak ada peruntukan. Mana mungkin kami nak buat permit kerja, jika agen agen seumpama meratah  seluruh susuk tubuh kami. Apa yng kami ada.?"....begitulah keluhanya...

Rasa simpati pun ada, tapi apa nak buat...agen agen ini menggunakan segala kesempatan yang terhidang...

No comments:

Sekalung Penghargaan