Monday, January 30, 2012

Jangan Bersedih Lagi

Salam ceria...
Jangan bersedih. Setelah kesulitan, pasti ada kemudahan...

Setelah kita mengaut segala kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh, tetapi sayangnya kita tidak menyedarinya. Bahkan, kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan. Padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yng segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan yang setabil.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setumpuk kebaikan, mengharungi kenikmatan dan masih banyak yang lainya.

Lihatlah diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling kita. Dan janganlah termasuk didalam golongan :

       "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....(An-Nahl: 83)

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.

3 comments:

Ummu Athirah said...

La Tahzan, Innallah Ma'ana.

nazc said...

kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di hadapan kita. Suka entry ni. :)

simanis said...

Kebelakangan ini saya sungguh sedih...ada sesuatu yang tak kena dalam hidup saya yang bukan berpunca daripada saya sendiri... Bila mengaji jiwa sangat tenang walaupun air mata luruh bak hujan di musim tengkujuh! :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sekalung Penghargaan