Tuesday, January 24, 2012

Isytihar Harta - Jawapan Siapa Lebih Menyakinkan

Salam harta tersembunyi,


Baru baru ini kita diterbeliakan biji mata dan dibuka minda yang beku, apabila semua ahli exco kerajaan P.Pinang dengan gagah beraninya mengisytiharkan harta mereka. Ianya diketui oleh Lim Guan Eng KM PP. Maka, ramailah yang memberi respond tentang perkara itu...


Jom kita tengok, respond siapa yang lebih menyakinkan kita. 


Ali Rustam - KM Melaka
“Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga,”

Nik Aziz - MB Kelantan
“Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian,”

“Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran,”.

Nazri Aziz - Menteri DJPM
"Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,”

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara
Para hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Beliau berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

“Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan persidangan empat hari para hakim di sini hari ini.

Arifin berkata sebaik sahaja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

“Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini,” katanya.

Mahathir - Mantan PM
"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.

Nilai mereka ini...fikir fikirkan..

2 comments:

Unknown said...

ancam keselamatan? huh tak masuk akal, ke takuttttt...

nazc said...

saya kena istihar harta jugak ke? kalau mcam tu... saya cuma ada sebuah laptop dan sebuah talifon bimbit sahaja...rumah, kereta, duit, semua tu x ada lagi... :)

Sekalung Penghargaan