Thursday, June 16, 2011

Warna Kesihatan

Kali ini, ZackJ ingin berkongsi tentang warna. tetapi jangan salah anggap, ini bukanya warna pelangi, warna langsir rumah atau pun warna kulit kita. ZackJ ingin bercerita tentang satu ilmu yang baru ZackJ dapat iaitu dos warna harian kita yang patut dan mesti kita makan. Kita amalkan untuk dapatkan kesihatan yang terunggul.
Untuk menjadi sesihat yang mungkin, kita harus makan buah-huahan dan sayuran dalam setiap warna, setiap hari.Setiap warna mengandungi nuterian tumbuhan yang unik atau fitonutrien yang memberikan tubuh kita satu siri manfaat yang khusus. Ingat, bukanya warna tiruan yang terkandung banyak kimia yang kurang selamat untuk kita.
Jadi anda tahu mengapa penting untuk kita makan secara berwarna warni. tetapi adakah ianya mudah? Ya
Dapatkan roda warna, ia memberikan anda pembahagian warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda harus pertimbangkan untuk makan secara tetap bersama-sama fitonutrien dan manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan setiap daripadanya.
Garis panduan diet yang dikeluarkan oleh US mengesyorkan 9 hingga 13 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni setiap hari. Memang banyak…tapi, jika kita fikirkan keadaan kita yang terlantar ditempat pembaringan….berapakah harga yang harus kita bayar nanti…warna-warna apakah kertas yang bernilai untukkita keluarkan???
Itulah sebabnya kebanyakan orang tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang cukup dalam diet harian mereka.
Jadi, jangan bertangguh-tangguh untuk jadi lebih sihat dari sekarang. Pelajarilah lebih lanjut tentang kepentingan warna dalam diet seharian kita.
Jika tak keberatan, kongsikan laman ini untuk kawan-kawan semua. jangan lupa, dapatkan tip-tip kesihatan yang lain dihari-hari yang mendatang. Untuk lebih mudah,  bookmark page ini…
Sekian
ZackJ

No comments:

Blog Archive

Sekalung Penghargaan