Klik Untuk Maklumat |
Detergen Pencuci SA8 muncul buat pertama kalinya pada 1960 sebagai produk kedua yang diperkenalkan oleh Amway (selepas L.O.C.) dan detergen pencuci pekatan pertama dengan surfaktan terbiodegradasi untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat.
Sebagai sistem pencucian pakaian yang lengkap, jenama SA8 memberikan penyelesaian ringkas terhadap masalah pencucian pakaian yang biasa dan tidak biasa. Di bawah nama SA8 yang dipercayai, sistem detergen cemerlang dengan produk tambahan ini memberikan kuasa pembersihan yang efektif, konsisten, dan boleh diharapkan, namun lembut pada pakaian. Yang paling utama, jenama SA8 melambangkan prestasi.
Apabila dunia berkembang, begitu juga keperluan kita. Bahan-bahan dan kimia-kimia yang baru di dunia juga bererti kita terpaksa berhadapan dengan jenis kotoran dan tanda tompokan yang baru. SA8 ™ berubah untuk memenuhi tuntutan pencucian pengguna hari ini dan komited untuk menjadi “Sistem Pencucian Pakaian Paling Berkesan dalam Dunia” dengan mewujudkan penyelesaian baru yang unik dan inovatif.
No comments:
Post a Comment