Wednesday, June 22, 2011

Tulang


Selamat ceria selalu.
Bila kita ceria , yang tua terasa muda, yang sakit terasa lega, yang anak-anak inilah dunianya. Tika ini, ZackJ bukanya nak cerita lebih tentang ceria….tapi kalau kita tak ceria cam mana pula jadinya ya…tentu dunia ni tak seindah rupa…
Banyak sebab utk kita rasa ceria…makan, minum, tonton tv, dengar muzik, bersembang dan berbagai lagi…semuanya boleh membuat kita rasa ceria…lagi ceria kalau kita mempunya kesihatan yang baik..Kesihatan kurniaan Allah, maka jaga lah dia sebaik mungkin..
Semua orang berhak untuk sihat, berhak untuk ceria…Tulang adalah perkara yang asas dalam tubuh badan kita…kalau tulang tak kuat, bagaimana untuk ceria??? Liaht rumah yang dibina..jika tiangnya reput..kukuh kah rumah itu… Nak duduk dalmnya pun seram jer…eah.,eah..bilala nak runtuh ni….
Osteoporosis, penyakit sendi, sakit bahu dan leher merupakan beberapa keadaan yang biasanya dikaitkan dengankunpulan individu yang lebih tua. (awas ! walau usia anda masih muda lagi…tetapi terasa sakit2 seumpama itu…hahah anda dah tua sebenarnya….)
Kita sedar atau pun tidak, kemerosotan tulang manusia sebenarnya bermula dari apabila tulang mencapai pertumbuhan sepenuhnya iaitu sekitar usia 30-35 tahun. Oleh itu, sama ada muda atau tua, kesihatan tulang bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Mari kita lihat, individu akan lebih berisiko mengalami penyakit kemerosotan sendi termasuklah:
1. Individu yang pernah mengalami kecederaan atau terseliuh.
2. Individu yang bersenam secara intensif atau individu yang tidak bersenam.
3. Inividu yang mengalami kekejangan sendi semasa bersenam.
4. Individu yang melakukan pergerakan berulang-ulang, terutamanya dalam tugas harian mereka.
5. Individu yangg kerap memakai kasut tumit tinggi. (awas wanita2 yang sukakan ini…tulang anda lebih bernilai dari kasut itu…)
6. Individu yang gemar bersilang kaki…alamak…bahaya ni…nak ubah lah…
7. Terlebih berat badan atau terkurang berat badan…nak gi timbang kejaplah..aku ni terlebih ke terberat…maksud cam sama jer….
8. Akhir sekali..individu yang kurang calcium….
Renung-renungkan….dimana kita, adakah pernah anda mengalami perkara2 spt diatas…
Mengambil langkah pencegahan awal dan mengekalkan jisim tulang yg sihat banyak membantu alam memperlahankan kemorosotan tulang dan meminimumkan kebarangkalian osteoporosis. Walaupun kita dalam kumpulan usia 30-35 iaitu tempoh kemerosotan tulang biasanya berlaku, masih belum terlambat untuk mengambil langkah pencegahan.
Terasa lenguh-lenguh jari-jari ni…alaamak tulang dah tua ler…kena berhenti kejap ni..
Fikirkan..bagaimana hendak mengekalkan jisim tulang yang baik?
Fuh..penat…
Kongsi dengan kawan-kawan tentang laman ini, ZackJ nak kongsi tentang lain-lain tip lagi nanti…yang baik kita kongsi, yang buruk kita simpan. Jangan lokek tau…nak datang lagi..bookmark aje page ini..lagi senang…
OK…ZackJ nak rehat dulu…Salam tulang ceria , tulang sihat selalu.
Demi kesihatan tulang yang kuat, klik disini.

1 comment:

tnZackJ said...

tq tuan. banyak maklumat di web tn

Blog Archive

Sekalung Penghargaan