Antaranya sebagaimana maksud surah Al-Baqarah, ayat 238 yang bermaksud: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang secukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.
Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu, solat dengan isyarat.
Penegasan ini menunjukkan solat adalah satu perkara besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya. Malah, solat juga syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim.
Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.
Tiada siapa mampu mengawal kejahatan dalam diri kita selain diri sendiri yang ‘mentarbiah’ dan menundukkannya.
Tidak syak lagi, cara terbaik untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat adalah dengan mengerjakan solat.
Saturday, March 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(37)
-
▼
Mar 2012
(14)
- 18 Mar 1995
- Harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehidu...
- Terlepas daripada genggaman atau dakapan
- Jom ubah sebelum parah
- Tarikan wanita..nantikanya...
- Dilema yang dihadapi oleh kita pada zaman sekarang
- Syarat utama dalam perjalanan kita menjadi Muslim
- Kita secara tak langsung terbabit dalam perbuatan ...
- Jangan sekali-kali meminta musibah
- Menjadi kewajipan kita memelihara aib seseorang
- Apa itu Istidraj?
- Yang kecil tidak berapa dipedulikan
- Ikhlas dan mengembalikan ketenteraman
- Baik Lelaki Mahupun Perempuan, Tua dan Muda.
-
▼
Mar 2012
(14)
No comments:
Post a Comment