Salam ceria,
Istirehat bagi seorang muslim itu adalah kelalaian, waktu yang terluang adalah pembunuh dan pengangguran bathil.
Nampak macam berat ayat yang diutarakan. Jika dinilai dan diamati, ianya memang berat. Seberat bata yang didukung dibelakang bahu tentera, malah berat lagi maksud ayat itu.
Bayangkan, istirehat itu kelalaian, kealpaan. Dalam keadaan begini, bermacam macam perkara yang dapat dilamunkan, dapat dikhayalkan...
Syaitan sentiasa menunggu peluang untuk meresap kedalam fikiran kita. Biasanya jika bergaul dengan syaitan difikiran, makan akan terkeluarlah perkara perkara yang jahat, dendam, khianat, iri hati dan segala prasangka yang tak baik untuk jiwa, hati khasnya dan keadaan sekeliling amnya..
Ingat, sehari sahaja dibiarkan waktu kosong tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah untuk kita, keluarga, agama, bangsa dan negara, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap didalam tubuh kita. Dan apabila berlaku sedemikian, maka kita akan menjadi lapangan para syaitan...
Jangan biarkan syaitan menguasi kita....
Jadi, gunakanlan waktu terluang yang kita ada dengan sebaik baiknya. Pasti, waktu tak akan menunggu kita, detik terus berlalu, berlalu jauh meninggalkan sesiapa saja yang lalai, leka...jangan sia siakanya tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah. Pepatah melayu ada megatakan "masa itu emas".
Penuhilah jadual kita, contohilah para usahawan yang berjaya, yang mana masa untuk beristirehat sangat kurang malah boleh dikatakan tiada sehingga sentiasa terkejar kejar masa....
Dengan cara memenuhi masa yang terluang dengan aktiviti yang baik, insyaallah kesedihan dapat kita usirkan...
Campakanlah kesedihan itu jauh dimuara sana. Barang yang lepas jangan dikenang, kesedihan jangan dijadikan gurindam.......jernihkan fikiran kita...
Saturday, February 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(37)
-
▼
Feb 2012
(8)
- Perginya Tak Kembali - Khutbah Terakhir
- Kenapa Lelaki Suka Bersendiri Bila Dilanda Masalah
- Pemutihan & Kesan Sampingan Terhadap Kontraktor Ke...
- Muar Diistihar Sebagai Bandar Diraja
- Renungan Untuk Sesama Insan
- Banyak Cara Mengusir Kesedihan
- Berduka Jangan Kerana Ditangguhkan Rezeki
- Siapa Nak RM10,000.00. Cepat Call 1800-888-2824
-
▼
Feb 2012
(8)
3 comments:
Abang ZackJ...
Saya sering bertemankan kesedihan... Jiwa selalu lara... Bila dibawa mengaji, lagi laju titisan airmata... Memang saya ditakdirkan untuk sedih selamanya, mungkin... :)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
kalau kita selalu menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah, kita pasti tidak akan ada masa untuk meratapi benda2 yang dah lepas. Lebih baik kita fokus pada masa depan kan :)
Banyakkan amalan yang mendekatkan diri dgn Allah...
Post a Comment