Friday, September 30, 2011

Lalulintas Terlalu Sibuk

Salam sihat ceria,

Petang ni ZackJ ada free sikit, so duk dekat rumah sambil menonton drama melayu - Hijab Di Kalbu , ada keinsafan dan pengajaran dari nya. Sambil2 tu melayan kerenah anak kecil walaupun tak sekecil mana (4th)...seronok jika dapat selalu bergini..

Anak zackJ yang ketiga, baru sahaja habis mengambil UPSR...ni yang duk online untuk mengisi permohonan SBP...fuhhh dah 5 kali mencuba, bila siap mengisi form...nak submit, berulang kali gagal...maklum, masa ini kemungkinan talian sibuk...lalu lintas tak terkawal....hahah...bukan di jalan raya sahaja yang ada kesibukan lalu lintas...di alam maya juga bergitu..

Oleh kerana ini, zackJ ambil keputusan untuk melakukannya sekali lagi pada tengah malam ini...mudah2an, ianya berjaya..

Maha Suci Allah...

Demi Masa

Salam sihat sejahtera,
Apa kabar kawan2 semua...
Lama dah menyepi dek kerana kekangan masa. Sawang sana sini merata tempat. Kugagahi jua walau rasa keberatan untuk meneruskanya....aku terpenjara...ia..selama sebulan tiada aktiviti yang kulakukan dalam blog ini.

Sejak kebelakangan ini, waktu seumpama mencemburui aku, ada sahaja yang meghambat tat kalau aku mula nak menjenggah untuk mencoretkan sesuatu disini...aduhai..., kawan2 hargailah masa ...masa tak akan menunggu kita..pergi terus pergi, tak akan kembali....

Seminggu sebelum kita menyambut perayaan...kurasakan waktu terlalu cepat berlalu...sebulan habisnya tempoh perayaan...kurasakan baru seminggu aku menyambut aidil fitri.....manakan tidak...bebanan tugas yang semakin hari semakin bertambah..ahh letihnya...

Masa ku habis di dalam bangunan, masa ku habis di tengah jalan, masa ku habis di dalam hutan....sungguh meletihkan...

Sekalung Penghargaan