Monday, January 30, 2012

Jangan Bersedih Lagi

Salam ceria...
Jangan bersedih. Setelah kesulitan, pasti ada kemudahan...

Setelah kita mengaut segala kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh, tetapi sayangnya kita tidak menyedarinya. Bahkan, kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan. Padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yng segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan yang setabil.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setumpuk kebaikan, mengharungi kenikmatan dan masih banyak yang lainya.

Lihatlah diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling kita. Dan janganlah termasuk didalam golongan :

       "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....(An-Nahl: 83)

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.

Thursday, January 26, 2012

Air Sebagai Penggerak Kehidupan

Salam khasiat air,
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Tentukan jumlah air yang kita perlukan setiap hari..

Mengikut kiraan, keperluan kita berbeza..paling kurang pun 2 liter sehari..itu yang disyorkan oleh pakar kesihatan...jom kita kira, berapakan keperluan khusus untuk diri sendiri..

formulanya senang aje, hahahaha pergi ambil otak jepun sana...kalkulator la...

                            berat badan (dalam kg)
                                        30

contoh : jika berat badan kita 70kg, bermakna kita memerlukan 2.3 liter air sehari...

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Ingat ni, kalau lepas makan tengah hari kita rasa menggantuk, itu tandanya kita dahaga dan badan kita kurang air. ZackJ pasti, ramai antara kita yang silap tafsir tentang ini. Ini bukanya disebabkan kita kurang tidur...

Satu lagi fakta, dahaga bukanlah petanda yang baik untuk mengatakan kita kurang air kerana semakin berumur seseorang itu , sensitiviti pada dahaga semakin kurang.


Mari kita fikir fikirkan..jom minum air banyak banyak...

Tanpa Cabaran, Tiada Permata Yang Boleh Digilap

Salam motivasi,
Malam paling gelap sebelum dinihari. Jika kehidupan berjalan lancar tanpa halangan, kita tidak akan tahu betapa hebat dan indahnya hidup ini.
Kecekalan dan keazaman memang diperlukan untuk berjaya dalam sebarang usaha. Usah jadi pesimis. Bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan kepada kita setakat ini. Usah ragu ragu. Ambil peluang yang ada dan lakarkan perjalanan hidup yang luar biasa.

Insan biasa membiarkan kehidupan mereka diselubungi kesalan kerana membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Insan yang ingin menjadi luar biasa akan bertindak sebaliknya.

Insan yang punya impian tidak pernah terlena, sementara insan yang alpa tidak pernah terjaga.

Untuk berjaya, kita harus berani, berani untuk berubah, berani jadi berbeza dan berani mencabar kebiasaan.....

Tuesday, January 24, 2012

Isytihar Harta - Jawapan Siapa Lebih Menyakinkan

Salam harta tersembunyi,


Baru baru ini kita diterbeliakan biji mata dan dibuka minda yang beku, apabila semua ahli exco kerajaan P.Pinang dengan gagah beraninya mengisytiharkan harta mereka. Ianya diketui oleh Lim Guan Eng KM PP. Maka, ramailah yang memberi respond tentang perkara itu...


Jom kita tengok, respond siapa yang lebih menyakinkan kita. 


Ali Rustam - KM Melaka
“Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga,”

Nik Aziz - MB Kelantan
“Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian,”

“Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran,”.

Nazri Aziz - Menteri DJPM
"Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,”

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara
Para hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Beliau berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

“Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan persidangan empat hari para hakim di sini hari ini.

Arifin berkata sebaik sahaja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

“Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini,” katanya.

Mahathir - Mantan PM
"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.

Nilai mereka ini...fikir fikirkan..

RM20 Trillion Milik Melayu Terkaya di Dunia

 Kamal Ashnawi
Salam trillion,


Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.


Benarkah dia memilik kekayaan sebanyak itu???

Boleh baca mengenainya disini dan juga disini

Monday, January 23, 2012

Janji Melayu Cina Laksana

BUAH FIKIRAN SAUDARA ASPAN ALIAS:


Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah?....ada di Pulau Pinang.


Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai empunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan dari yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya dari mereka yang masih baru dalam UMNO itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan ‘warlords’ dalam parti itu. Yang mengatakan saya seorang yang bangkerap politik itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam UMNO itu.

Tetapi yang paling saya seronok ialah sokongan dari orang-orang biasa dan menzahirkan sokongan mereka melalu ribuan teks pesanan ringkas (SMS) yang datang bertalu-talu serta sokongan melalui e-mail dan sebagainya. Sembilan puluh peratus yang memberikan sokongan itu adalah dari kaum Melayu yang saya kenali dan yang saya tidak pernah mengenali mereka.

Apa yang saya seronokkan bukannya kerana saya mendapat sokongan secara peribadi, tetapi kerana mereka sudah faham sebenarnya yang DAP itu bukanlah seperti yang dimomokan oleh UMNO dan media masa perdana sejak berdekad-dekad dahulu. Saya merasa sedikit bangga kerana mampu membuatkan mereka menilai secara ilmiah yang mendalam serta sudah mengetahui yang parti DAP ini telah secara deras mendapat sokongan orang Melayu akhir-akhir ini.

Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam posting saya yang lalu, saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang di popularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi apabila setelah beliau menerajui negara lebih dari dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali dari penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksaksa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan. Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Pendeknya Bersih, Cekap dan Amanah itu hanyalah retorik besar yang di ungkapkan semasa Perhimpunan Agong UMNO sahaja guna untuk membuatkan perwakilan bertepuk tangan sehingga merah-merah tapak tangan. Dr Mahathir bijak memainkan sentimen orang UMNO kerana beliau amat faham kelemahan yang ada pada kebanyakkan orang Melayu yang mudah terlena dengan alunan lagu yang berlirik indah dan mengkagumkan.

Tetapi sebahagian rakyat di negara ini telah mendapatkan nikmat dari slogan itu akhir-akhir ini. Kerajaan PR yang di tunjangi oleh DAP telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah anjuran Dr Mahathir itu. Walaupun kerajaan tunjangan DAP itu baru menghampiri empat tahun sahaja, banyak dari apa yang dimaksudkan oleh slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

DAP tidak pandai untuk mewujudkan retorik dan slogan besar, tetapi parti ini pandai untuk mencapai matlamat kepimpinannya; iaitu pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Beramanah.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Dr Mahathir ini, di amalkan oleh DAP kerana DAP mengikut formulanya dengan betul. Seperti kita menjawab soalan ilmu hisab, kita mesti mengikut formula ilmu hisab itu. Jika kita hanya menghafal formula tersebut tetapi tidak mengikut formulanya dengan terperinci, kita tidak akan mendapat jawapannya dengan betul dan tepat.

Itulah sebabnya UMNO tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penting dengan betul kerana tidak mengikut formula yang mereka wujudkan sendiri itu. Dalam formula Bersih, Cekap dan Amanah itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi apabila perlaksanaannya formula ini telah dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa itu, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbirannya dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat. Maka slogan BCA itu hanya tinggal slogan dan telah pun dilupakan dan tidak hidup lagi dalam pentadbiran negara di bawah UMNO ini.

Rupa-rupanya slogan itu tidak mati. Ia masih hidup segar. Rupa-rupanya DAP P Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakannya dengan baik dan penuh dengan ketelusan. Perlaksanaannya tidak diheboh dan di gembar gemburkan. Dalam diam-diam DAP P Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang di impikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Sekarang kita lihat yang fitnah serta momokan terhadap parti DAP yang ‘multi-racial’ ini ternyata kian menumpul. Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam Malaysia yang akan bebas dari miskin tegar di kalangan rakyatnya dalam setahun dua lagi. Adalah dijangkakan yang Pulau Pinang akan merupakan negeri yang pertama dalam mana apa yang dikatakan sebagai perpaduan berbilang kaum itu akan tercapai dengan sepenuhnya.

Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri yang akan melupuskan segala hutangnya kepada Kerajaan Pusat. Dari RM630 juta hutang Kerajaan BN Pulau Pinang dahulu, Kerajaan PR P Pinang telah mengembalikan sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 3 tahun pentadbirannya. Kejayaan ini bukannya kejayaan yang kecil tetapi ia merupakan satu pencapaian yang ‘outstanding’ jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Walaupun begitu besar tohmahan terhadap DAP dan kerajaan P Pinang oleh seterunya dalam BN, Kerajaan Negeri tetap melaksanakan apa-apa yang telah di juruskan oleh Perlembagaan Negara. Dikatakan oleh UMNO yang DAP adalah anti Islam, tetapi dalam jangkamasa hampir 4 tahun DAP dan PR mentadbir P Pinang peruntukan untuk majlis agama Islam telah meningkat kepada RM62 juta dari RM12 juta semasa BN memerintah dahulu.

Kerajaan P Pinang telah diperakukan oleh badan-badan penilaian antarabangsa sebagai sebuah negeri yang paling bersih dan beretika kepimpinannya. Pandangan ini bukan diberikan oleh saya atau sesiapa dalam PR, tetapi oleh badan-badan penilaian antarabangsa yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Banyak lagi yang dicapai oleh pentadbiran Lim Guan Eng tetapi satu soalan yang mesti diketahui umum; kenapa PR P Pinang berjaya melakukan segala-galanya ini? Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng ini jugalah janji-janji UMNO sejak 30 tahun yang lalu, tetapi tidak juga kunjung berjaya. Apabila PR P Pinang berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari empat tahun, ia tidak menyenangkan UMNO pula.

Daripada berlumba-lumba untuk menjadikan kejayaan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh yang patut diikuti, UMNO dan BN mengambil sikap menafikan kenyataan yang jelas tentang kejayaan PR (DAP) itu. Kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong UMNO dan BN. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi BN/UMNO.

Kita sama-sama menilainya dan ambilalih keputusan setelah berfikir dan berfikir. Asalkan kita mengambil sesuatu tindakan setelah berfikir dengan sungguh-sungguh, apa-apa keputusan itu kita hormati.

Kata agama kita,

‘berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’.

Sumber : Disini

Friday, January 20, 2012

Tak Rugi Kalau ke USS, lebih lebih lagi percuma...

Memang menyeronokan...
Tak rugi kalau kesana. Universal Studio Singapore....
Banyak yang nak dikongsikan, pendek kata , kalau pergi sendiri lagi best...

Pada 6/2/2012, aku nak pergi lagi bawa anak anak...tak best la kalau hanya aku aje yang merasai keseronokanya,,..kalau ada sesiapa yang nak ikut boleh juga...

Passport mesti kena ada lah...RM100 untuk 2 tahun kalau buat sendiri
untuk dewasa tiket masuk RM196.00 utk seorang
anak kecil 4 hingga 12 tahun - RM164 / seorang
Makan sendiri...kalau untuk satu hari...kira-kira SGD50 cukup la tuh...

 Dipentu gerbangnya..sebelum kami pulang...letih teramat sangat..



penat berehat rehat...


Gambar ni diambil selepas kami menonton aksi perang secara live, cara mereka membuat filem...tempatnya kecil sahaja, tetapi impaknya cukup besar...huhuhu..selalu tertipu dengan filem mereka...

 Rugi kalau tak masuk kepanggungnya...filem 4D...seolah olah kita berada didalam mulutnya...ada disampingnya...


Ini lagi, memang sentiasa penuh dengan penggunjung...paling top...hahaha nak masuk saja kena beratur selama 2 jam...pengsan..

ini satu lagi, kalau tak tontonya memang tak sah...rasakan percikan air laut ketika didalam filemnya..


ada berani...50 kaki tinggi..macam nyawa nak tercabut...dengan putaran yang tersangat laju..ada yang 90 darjah menjunam..

yang pasti, puas terasa yang amat sangat...

Wednesday, January 18, 2012

Lama sudah ku tinggalkan

Salam semua teman teman...
sekian lama aku menyepi dari memperkatakan sesuatu tentang dunia ini..
kekangan masa menghalang aku dari mencoretkan sesuatu...
Dari penghujung cuti sekolah, la ni sehingga hendak cuti kembali sempena hari raya cina..
Memang tiada kesempatan untuk menjengahnya....banyak perkara yang menjadi penghalang,
banyak tugasan yang perlu diselesaikan...

Bergembiralah, selagi ada waktu..jangan sampai jadi seperti aku....ingatlah, masa tidak sentiasa bersama kita..
yang pasti, masa akan meninggalkan kita , terus berlalu tanpa lewat sedetik pun..

Hargai masa...sayangilah masa...bak kata perpatah.."Masa Itu Emas".

Sebenarnya, banyak cerita yang  hendak dikongsikan...dari utara ke selatan, dari timur ke barat....
Sedikit ahari lagi akan keudara juga, untuk kali ini cukuplah sehingga disini...

Salam sejahtera semua...

Sekalung Penghargaan