Monday, November 28, 2011

Aktiviti Seharian Ku

Salam hari hari,
Walaupun kepenatan semalam masih terasa setelah perjalanan yang jauh berliku, hanya melelapkan mata didalam kenderaan tetapi masih kugagahkan jua untuk bertemu kesemua anak-anak angkat ku di Terengganu sejak seawal 7 pagi lagi.

Ramah mesra, berbicara, berseloka, bergembira, berbbq, bersampan kesana kemari didalam air yang dalamnya berkaki-kaki. Perasaan seronok, sedih, kesian pun ada. Seharian bersama mereka, segala rasa dapat dicurah bersama. Marah, nasihat ingat mengingati adalah perkara biasa bagi aku dan mereka.

Walau bukan permata, hanya anak-anak dewasa, walau rumpun yang sama, bahasa sedikit berbeza.
Perpancar wajah riang diriak muka, ada yang berjanji bagai syurga, kepenatan lalu hilang seketika.

28hb Nov jam 8 pagi  bergerak aku ke JB semula. Bermula rutin ku disana dengan kehidupan seharian seperti biasa. Anak dan isteri penghibur setia, sabar menanti, insyaallah ada kabar gembira.

Sunday, November 27, 2011

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Salam jauh dari anak bini
Hari ini seawal 6 pagi aku dah keluar rumah untuk menunaikan tanggungjawab pada diri sendiri. Tanggungjawab pada anak istri juga serta anak diluar sana..

Jauh perjalanan ku beribu beratus batu, hampir jam 12 tgh malam baru tiba tempat yang dituju. Penat dan kekosongan perut membuatkan aku rasa letih yang teramat sangat. Walaupun begitu, hingga skrg jam 1.30am aku masih belum melelapkan mata.

Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi aku tak begitu...Perjalanan bagai dilambung ombak, sekejap sayup dari pandangan, sekejap gelap tidak kelihatan.

Banyak masa, aku hanyut dibuai mimpi. Seketika sedar aku masih disitu tak berganjak dari tempat asal ku.

Memang penat perjalanan hari ni. Hampir 12 jam duduk, berasap juga rasanya. Pendek kata kalau dipecahkan telur mahu masak juga.

Dari JB ke Kuala Terengganu memang meletihkan, nasib baik ada driver upahan.  Tu yang selalu gelap tak kelihatan (tido le tu). So, tak la dapat dimanfaatkan peribahasa ini "Jauh perjalanan, luas pemandangan".

Friday, November 25, 2011

Pendayung Sampan & Professor

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. 

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabu...ng uji kemudian digoyang-goyang. 

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." 

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah 
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. 

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. 

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas. 

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. 

"Ya". 

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. 

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. 

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. 
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. 

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. 


Moral of the story
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.
Nota:
Cerita ini, Zackj ambil dari email yang zackJ terima.
Bila google, sebenarnya ramai yang telah publishkan cerita ni dalam blog masing-masing.
So, terima kasih kepada pemunya cerita ini.

Thursday, November 24, 2011

Sukan Sea 2011 - Pencapaian Kedua Terbaik Di Luar KL

Sukan SEA XXVI boleh disimpulkan sebagai aksi kedua terbaik kontinjen negara di luar Kuala Lumpur selepas di Korat 2007, apabila berjaya meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.

Lebih membanggakan kita berjaya mempertahankan 'ibu emas' acara bola sepak selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3.

Bagaimanapun, acara yang menyumbangkan emas terbanyak di temasya ke-26 ini ialah akuatik melalui pecahan acara renang berirama lima emas, terjun tujuh emas, renang lima emas dan renang terbuka dua emas, keseluruhan 19 emas.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, aksi atlet negara pada saingan Sukan SEA kali ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cemerlang, sederhana dan gagal.

"Akuatik boleh diklasifikasikan sebagai acara cemerlang, jika kita dapat menurunkan perenang harapan, Daniel Bego kita mungkin boleh menambah empat atau lima pingat emas lagi. Atlet renang terbuka, Heidi Gan juga berada pada prestasi terbaik selepas meraih dua emas walaupun diletakkan sasaran satu emas," katanya.

Jelasnya, atlet renang lain juga banyak menunjukkan peningkatan misalnya Kevin Yeap dan Christina Loh selepas masing-masing meraih satu emas.

Selain bola sepak dan akuatik acara yang diklasifikasikan sebagai cemerlang ialah karate selepas meraih empat emas walaupun hanya mensasarkan tiga emas, tatkala isu pengadilan sukan subjektif hangat diperkatakan.

"Wusyu juga menunjukkan kemampuan pada tahap terbaik dengan meraih tiga emas tatkala tuan rumah berjaya membolot enam emas, sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka bukan kuasa besar dalam sukan ini," katanya.

Sementara itu, acara yang tidak beraksi cemerlang diklasifikasikan sebagai gagal termasuk gimnastik, pelayaran, sepak takraw, tinju dan taekwando.

"Gimnastik kita menyasarkan dua pingat emas namun hanya membawa pulang dua perak walaupun kita telah membuat persediaan di China selama dua bulan, begitu juga sukan pelayaran walaupun memenangi pingat perak di Sukan Asia tetapi gagal menyerlah di sini.

"Sepak takraw pula harus dilakukan sesuatu mungkin untuk mencari bakat baru, manakala dalam tinju pula kita tidak boleh mengatasi sistem pemarkahan kecuali dengan hanya memenangi pertarungan melalui knock-out," katanya. - Utusan

Sos Tiram Enak Dimakan

Salam sos tiram,
Beberapa hari yang lepas ZackJ ada buat entri tentang sos cili dari kedai 1 Malaysia - Yang mana satu pilihan kalbu.
Hari ni aku ceduk pulak dari Malaysiakini. 

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli  Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada  perisa tiram. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.
   
Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.
   
"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
   
Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.
   
Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.
   
Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Tuesday, November 22, 2011

RM250 Juta Untuk Penternak Lembu Kondo

Salam jutawan,
Bagaimana rasanya jika kawan-kawan semua dijadikan seorang jutawan segera? Pasti, jika mental tak kuat, boleh jadi gila dibuatnya. Almaklumlah, rasanya ramai diantara kita yang belum pernah melihat atau memegang duit sebanyak itu. Untuk satu juta pun agaknya belum pasti.
Jangan kata orang lain, aku sendiri pun paling banyak dah tengok sebanyak RM500 ribu aje. Lebih dari tu belum lagi.

Tetapi bagi orang-orang yang berkecimpung dengan perniagaan ataupun politik murahan, setakat dua tiga juta tu perkara biasa aje.

Walaupun isu yang aku nak bawa ni agak lapuk sedikit, namun ianya tak lekang dek panas.
Jika kau orang prihatin tentang isu-isu yang hangat tika ini, RM250 juta itu umpama RM250 ringgit aje. nak beli apa pun berkira-kira.

Telah tersebar luas, seorang senator mendapat RM250 juta untuk menjalankan pernternakan lembu fidlot. tak kira di warong, di jalanan, di tempat awam malah diperingkat tertingggi parlimen pun kecoh dibuatnya.

Yang pasti, orang yang menerimanya sebelum ini, entah telingga lembu pun tak pernah nak pegang, tetiba dianugerahkan duit sebanyak itu. RM250 juta bukaan sedikit nilainya. Kalau ditanya tuan punya badan, munkin rupa taik lembu pun dia tak kenal agaknya. Itu jangan ditanya baka lembu, silap-silap haribulan kambing beor pun dikatakan lembu. Almaklum, kambing beor ni kalau kat kampung aku memang besar gila. Biasanya diorang ni jadikan kambing baka untuk mengawan dengan kambing-kambing betina yang gersang.

Kalau difikirkan secara logiknya, setiap daerah dalam negara kita ni ada pejabat haiwan, pertanian dan berbagai lagi untuk membantu orang kampung yang menternak secara kecil-kecilan. Kenapa aku kata kecil-kecilan? Ialah, jika besar-besaran dah tentu keperluan daging seluruh Malaysia dapat ditampung. Ia tak?

Kalau dikira parlimen Malaysia, seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak baru ada 222 kerusi. Itu keseluruhan, jika ditolak dengan pati pembangkang, kerajaan BN ada 140 kerusi.

Tak akan lah jabatan haiwan ni buta atau penganugerah ni yang tak perihatin tentang keperluan penternak-penternak yang sedia ada?

Jika kita kira dengan sifir yang biasa, RM250 juta boleh diagihkan kepada 250 orang dengan seorang boleh memiliki RM1 juta peruntukan. Bermakna 250 penternak yang betul-betul telah menjalankan ternakan lembu atau kambing ini mendapat peruntukan atau suntikan modal yang sewajarnya. Sepatutnya kerajaan boleh berbangga dengan benda ini kerana dapat membantu seluruh parlimen Malaysia dengan bantuan jabatan haiwan.

Jika nak buat diskriminasi pun, tolaklah kerusi parlimen yang dipegang oleh PR sebanyak 82 kerusi. Bermakna 140 kerusi parlimen milik kerajaan ada penternak bertaraf jutawan yang mempunyai modal. Jika ini yang dilakukan, setiap parlimen pegangan BN akan memperolehi sekurang-kurangnya RM2 juta. Tak cukupkah lagi???

Dengan cara ini, jika diambil kira 85% sahaja yang berjaya, 119 penternak lembu boleh dibanggakan oleh kerajaan yang sedang memerintah. Barulah boleh disokong slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

RM250 juta diberikan yang sehingga kini, pulangan pun belum pasti, apatah lagi bayaran balik. Senang lenang orang yang memperolehinya, dukacitalah rakyat pembayar cukai setiap tahun. Duit rakyat habis hanya untuk seorang seorang penternak terpilih. Silap haribulan, pengusahanya nak ke ladang pun mesti disediakan bunga mangar, kompang dan karpet merah.

Fikir-fikirkan lah, dimana silapnya.
Adakah lembu itu duduk dalam kondo??

Cuti Umum Lagi, Wah Mewahnya. Awal Muharam

Salam cuti umum,
Wah! mewahnya rakyat dalam negara Malaysia ni, dalam satu tahun ada 15 hari cuti umum yang telah diwartakan tak termasuk cuti-cuti istimewa seperti menang bola pada perlawanan Piala Suzuki, Badminton Thomas Cup dan macam-macam lagi lah.

Untuk kali ini, rakyat Johor diberi cuti umum sempena Hari Keputraan Sultan Ibrahim, Daulat Tuanku.

Ni minggu depan cuti lagi sempena menyambut Awal Muharam 27/11/2011. Kiranya bulan November aje ada 3 hari public holiday untuk rakyat Johor. Fuhh!, sihat badan,serronok duduk di Malaysia ni, banyak cuti.

Bila baca tentang cuti ni, rakyat memang suka terutama yang makan gaji, yang kerja sendiri tu, pandai-pandai la yer cam ner nak ambil cuti. Ingat, kerja sendiri, cuti tak ada gaji. jangan sampai miss soru sudah..

Biasanya, pada  hari terakhir setiap tahun, sebelum magrib ramailah orang ke masjid untuk membaca doa akhir tahun dan juga membaca doa awal tahun selepas magrib. Persoalanya, adakah ini amalan wajib, sunat, harus atau sengaja diada-adakan?

Kalau nak tahu, bolehlah baca diblog ini Mencari Kebenaran Hakiki

Untungnya kita duduk di Malaysia, banyak peristiwa dapat disambut bersama dengan adanya cuti umum.

Untuk pengetahun, Kerajaan Vietnam memberi rakyatnya cuti umum hanya lapan hari setahun.

Ganguan Seksual, Jangan Dipendam, Boleh Jadi Sakit Jiwa

PETALING JAYA - Gadis yang menjadi mangsa ancaman seksual dinasihatkan jangan sesekali merahsiakan perkara yang berlaku bagi mengelakkan berlaku tekanan perasaan dan menghidap masalah sakit jiwa.
Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, sebaliknya mereka boleh meluahkan segala permasalahan yang dihadapi kepada kaunselor.
"Remaja yang diancam dengan jenayah seks amat memerlukan sokongan moral dan bimbingan kaunseling.
"Mereka tidak harus berterusan merahsiakan apa yang berlaku kerana ia akan mengakibatkan tekanan lebih berat jika terus dipendam," katanya selepas ditemui selepas majlis perasmian Klinik Sosial yang pertama di negara ini di sini kelmarin.
Perasmian dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, L. Ganesan.
Klinik itu terletak di Blok 10, Flat Desa Mentari PJS 2 di sini ditubuhkan pada November 2009 atas inisiatif Fatimah dan rakan-rakannya di Majlis Profesor Negara.
Ia bertujuan untuk menguruskan kes-kes sosial di kalangan golongan belia, warga emas dan orang kelainan upaya dan kini lebih dikenali sebagai Klinik Sosial.

Masa Untuk Berpindah - Banjir

Salam pindah,


Berita telah disampaikan, Terengganu telah mendahului dari negeri lain. Dengar kabar, penduduk ditiga daerah telah diarahkan untuk berpindah kerana air telah naik (banjir).



Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu berkata, sehingga pukul 2 petang semalam, daerah Setiu paling terjejas apabila 30 penduduk dari lapan buah keluarga di Kampung Merbau Menyusut terpaksa dipindahkan ke Masjid Kampung Merbau Menyusut.

Turut dipindahkan adalah 13 penduduk dari dua keluarga di Kampung Kolam, Hulu Terengganu yang kini ditempatkan di balai raya Kampung Kolam sementara empat penduduk lain ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan, Marang.

Kesemua 47 penduduk itu merupakan kumpulan pertama mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

"Setakat pukul 5 petang ini, tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Kampung Merbau Menyusut, balai raya Kampung Kolam dan SK Pengkalan Berangan sementara laluan jalan raya belum ada yang ditutup," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (m).

Dua lagi sungai iaitu Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat dan Sungai Setiu meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2m dan 7.80m.
Sumber : Kosmo

Cuti Umum Selepas Malaysia Menang Emas Bola Sepak

Salam sejarah,
Hari ni 22/11/2011 cuti umum untuk semua rakyat. Telah diwartakan didalam calender 2011.
Tetapi cuti umum ini hanya untuk orang Johor aje...hahah bukannya seluruh Malaysia ya. Minta maaf negeri lain.
Sebab apa Johor dapat cuti, boleh baca dekat sini


Special untuk orang Johor sempena Emas Bola Sepak, sebab tu dapat cuti. Kiranya pingat yang dimenangi oleh pasukan bolasepak ini dihadiakan kepada Sultan Ibrahim sempena Hari Keputraan Baginda Sultan. Hahahaha


Menteri Letak Jawatan

Menteri Kebudayaan Mesir semalam meletak jawatan sebagai protes ekoran tindakan keras yang diambil oleh kerajaan untuk menangani demonstrasi di Dataran Tahrir yang menyebabkan lebih daripada 20 orang maut.

Agensi berita MENA melaporkan, Emad Abu Ghazi menghantar surat peletakan jawatannya kepada Mahkamah Tinggi Tentera, yang mengambil alih pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan pada Februari lalu.

Menurut Emad, tindakannya itu diambil sebagai tanda protes terhadap cara kerajaan menangani kekecohan yang berlaku di Dataran Tahrir kelmarin. – AFP
Emad Abu Ghazi

Menteri kita ada berani??
Berapa banyak skandal pun, jawatan tetap no satu, tak akan ku lepaskan...peduli apa sama aku...

Yang Mana Satu, Idaman Kalbu...Sos Cili


Salam sos cili..
Confucius!! yang mana satu harus dipercayai..
Ujian makmal atau tokey kedai???
 
Ujian makmal Standards Users ke atas sos cili berkenaan mendapati terdapat 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri, sedangkan, tahap yang dibenarkan adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna.

Sebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Indonesia ( 4 - 3 )





Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.


Ini bermakna, Malaysia berjaya mempertahankan Ibu Emas ini dari terlepas kepada Indonesia.
Tahniah pemain-pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan juga individu-individu yang terlibat, dan tak lupa kepada semua penyokong-penyokong  Malaysia. Tahniah!!!!



Sunday, November 20, 2011

10 Anak Angkatku

Salam anak angkat,

Empat anak angkat ku
datang dalam diam
bawa gembira, rajin berkorban

Datang lagi enam
main tarik tali
satu terlepas tangan
diam menangis sendiri.


Pujuk rayu bagi motivasi
sepuluh gagah berdiri
titis air mata
umpama embun pagi.

Sepuluh main hujan
dua dah tenggelam
tinggal lapan masih berseri

Satu kuat berkorban
sakit badan sakit tulang
makan pil tupai jantan
kembali kuat mengalahkan orang bujang

Berita gempar dari ladang
bila malam kian menjelang
naik van pengangutan orang
pergi tak pulang-pulang

Tujuh anak angkatku
semua ku bagi susu
agar hati menjadi satu
tetap setia bersamaku

Rambut sama hitam
hati, mungkin gelap, terang
membuatkan aku tidur-tidur ayam

Aku jauh di negeri orang
bernasib baik ada teman
walau datang selang-selang
Insyallah, ada sinar harapan

Menteri Besar Johor

Salam MB
Lepas sultan, menteri besar pulak. tak taulah berapa besar dia sebab tak pernah lak nak gi ukur lilit pinggangnya...apa pun , dalam senarai kerajaan negeri, menteri besar punya kuasa memang besar...
Ikut turutan, yang atas adalah yang pertama.
1886 - 1919 YAB Dato’ Jaafar bin Muhammad
Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Maharaja Abu Bakar.
Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor.
Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.

1920 - 1922 YAB Dato’ Mohamed bin Mahbob
1923 - 1928 YAB Dato’ Abdullah bin Jaafar
1929 - 1930 YAB Dato' Mustafa Bin Jaafar
1931 - 1934 YAB Dato’ Abdul Hamid bin Yusuf
1935 - 1947 YAB Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid
1947 - 1950 YAB Dato’ Onn Jaafar
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.


Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalamPilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

1952 - 1955 YAB Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohamed
1955 - 1959 YAB Dato’ Idris bin Ibrahim
1959 - 1967 YAB Tan Sri Hj. Hassan Yunus
Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau 'Tok Kenali' di Kelantan. Seterusnya belajar di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.
Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Janujari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Johorhinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani PerjanjianMalayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato Onn Jaafar.[3]

Apabila Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Selepas Pilihan raya umum Malaysia 1959 yang pertama, pimpinan UMNO dan Persatuan Melayu Johor setuju melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor pada 27 Jun 1959 dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya. 

Beliau bersama enam yang lain (7 orang) terlibat dalam usaha menjatuhkan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Tokoh lain yang tgerlibat ialah Dato Kosai, Safiah Sulaiman, Abdullah Sulaiman, Dr Awang Hassan dan Dato Sulaiman yang kesemuannya berasal dari Muar.
Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.

Bagi mengenang jasanya stadium utama di Johor Bahru dinamakan sebagai Stadium Tan Sri Hassan Yunus.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus terletak di Simpang Renggam.


1967 - 1982 YAB Tan Sri Othman bin Mohd Saat
Tan Sri Othman Saat (4 April 1927-27 Oktober 2007) ialah Menteri Besar Johoryang ketiga sejak kemerdekaan Malaya (kini Malaysia). Beliau menyandang jawatan ini selama tiga penggal, iaitu 16 tahun antara Februari 1967 hingga April 1982. Seorang peminat kereta mewah, himpunannya pada suatu ketika merangkumi 50 jenis kereta, termasuk Ferrari, Alfa Romeo, Daimler dan Jaguar. Bagaimanapun, beliau kini hanya mempunyai sebuah kereta Mercedes 400 dengan nombor plat kegemarannya, JDN 7.

Pada 4 April 1967 ketika berumur 43 tahun, Othman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-3. Beliau menyandang jawatan ini selama tiga penggal sehingga tahun 1982. Nasibnya bertukar apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam menjadi timbalannya. Musa Hitam dikatakan menggunakan semua cara dari ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur untuk melemahkan pengaruh Othman. Ini merupakan titik permulaan untuk kejatuhan kerjaya politiknya.

Pada tahun 1982, Othman meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar selepas 16 tahun berkhidmat. Beberapa tahun kemudian pada tahun 1987, beliau menyertai parti politik Semangat 46 yang baru ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar UMNO dalampilihan raya umum pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, Semangat 46 tidak begitu berjaya dan kemudian dibubarkan.

Dia telah menjual kebanyakan hartanya untuk membayar cukai. Malah gelaran 'Datuk' juga ditarik balik. Selepas kekalahan beliau dalam UMNO, beliau hampir dilupakan.

Beliau diserang angin ahmar ringan pada 2001 dan 2002. Kaki kanan telah dipotong dari paras lutut akibat gangren pada 2 Oktober 2007 di HSI dan beransur pulih. Othman sakit tulang belakang setelah terlalu lama terbaring di katil.

Pada 27 Oktober 2007, beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Pandan, Johor Bahru akibat jangkitan kuman sehingga membawa kepada septisemia (keracunan darah) jam 7.00 pagi. Beliau meninggal dunia ketika berusia 84 tahun. Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan Abu Bakar dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru. Talkin dibacakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Nooh Gadut. Turut hadir Tunku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj.

Sebuah kampung di Johor telah dinamakan sebagai 'Kampung Othman Saat' bagi mengenang jasanya.

   
1982 - 1986 YAB Datuk Abdul Ajib bin Ahmad
1986 -1995 YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin
Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar(1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin [1](lahir 15 Mei 1947), merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
1995 - kini   YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar(High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe,Melbourne Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya(1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984).

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara(Disember 1984-Julai 1986) .Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledangpada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mac 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Mengikut laporan audit 2007, Johor merupakan negeri yang paling banyak berhutang iaitu RM841.13. Ghani telah menerangkan bahawa Syarikat Air Johor merupakan penghutang terbanyak sedangkan beliau telah lupa iaitu pada Pada 20 Apr 1999, satu perjanjian pengswastaan dibuat diantara Kerajaan negeri Johor, Lambang Optima Sdn. Bhd (LOSB). Syarikat Air Johor (SAJ) yang membentuk Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) sebagai syarikat yang memegang Konsesi selama 30 tahun. Pada 30 Aug 2000, SAJ Holdings telah disenaraikan di Bursa Malaysia melalui syarikat pegangan (Holding company) Ranhill Utilities Berhad. Pengambilalihan hutang ini juga merupakan sebab mengapa kerajaan perlu mengswastakan syarikat.

Saturday, November 19, 2011

Senarai Sultan Johor

Salam istana,
Jom kita tengok, inilah dia susunan nama sultan yang memerintah Johor dari ynag pertama hingga kini, Sultan Ibrahim.

1511 - 1528 Sultan Mahmud Shah
1528 - 1564 Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Ali)
1564 - 1570 Sultan Muzaffar Shah II
1570 - 1571 Sultan Abdul Jalil Shah I
1571 - 1597 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
1597 - 1615 Sultan Alauddin Riayat Shah III
1615 - 1623 Sultan Abdullah Ma’ayat Shah
1623 - 1677 Sultan Abdul Jalil Shah III
1677 - 1685 Sultan Ibrahim Shah
1685 - 1699 Sultan Mahmud Shah II
1699 - 1720 Sultan Abdul Jalil IV
1718 - 1722 Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
1722 - 1760 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1760 - 1761 Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
1761 - 1812 Sultan Ahmad Riayat Shah
1761 - 1812 Sultan Mahmud Shah III
1812 - 1819 Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
1819 - 1835 Sultan Hussain Shah (Tengku Long)
1835 - 1877 Sultan Ali (Tengku Ali)
1855 - 1862 Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
1862 - 1895 Sultan Abu Bakar
1895 - 1959 Sultan Ibrahim
1959 - 1981 Sultan Ismail
1981 - 2010 Sultan Iskandar
2010 - sekarang Sultan Ibrahim

22/11 Hari Keputeraan Sultan Johor

Salam tuanku.
Tanggal 22/11 Negeri Johor akan menyambut hari Keputeraan Sultan Ibrahim. Selasa 22/11 adalah cuti umum bagi rakyat negeri ini.


Jom, kenali sultan kesayangan rakyat ini. 
Sultan Ibrahim, ketika menjadi Tengku Mahkota telah memperkenalkan Kembara Mahkota Johor (KMJ), satu-satunya Tengku Mahkota yang menjelajah seluruh Johor untuk memantau sendiri dan bertemu rakyat jelata. 
KMJ dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor. Kembara ini bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. Dalam kembara ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor. dan yang terbaru, menggunakan keretapi yang dipandu sendiri oleh baginda sejauh 391.3 km.

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

  1. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)
  2. Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.
  3. Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
  4. Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.
  5. Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.
  6. Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).
  7. D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
  8. D.Y.M.M Tuanku telah dilanik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
  9. D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.

D.Y.M.M RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH
D.K. (JOHOR) S.P.M.J, S.P.C.M.

  1. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah, dilahirkan pada 14hb. Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
  2. Beliau ialah puteri kedua dan anakanda yang ketiga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak.
  3. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, Beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar.
  4. Dalam bulan September 1972, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah melanjutkan pelajaran di Chaltenham Ladies College, di England hingga tingkatan enam.
  5. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah pada bulan September 1977 meneruskan pelajarannya di Davies's College, London dan tahun berikutnya diterima masuk ke Somerville College, di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.
  6. Beliau tamat pengajian di Universiti Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelors of Arts dalam bulan Jun 1983 dan mengikut tradisi Universiti Oxford, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.
  7. Dalam tahun 1980 D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah berpeluang melawati Turki dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama Paduka ayahanda dan bonda serta keluarga. Pada tahun 1985, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah menunaikan Haji bersama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
  8. Seperti juga ayahandanya, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah adalah seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan dan lukisan-lukisannya pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-Kanak.
  9. D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah seorang yang peramah dan mempunyai jiwa rakyat dan sentiasa menyedari dan menghargai segala pengorbanan anggota-anggota Pasukan Keselematan.
  10. Pada bulan Mac 1983, Paduka ayahandanya D.Y.M.M. Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Seri Paduka Cura DiManjakini (S.P.C.M.) kepada D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah.

Friday, November 18, 2011

Kerajaan Sementara

Salam NGO,
Perlu atau tidak kerajaan sementara ini?
Apa pendapat ko orang? 


Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah NGO baru, mencadangkan sebuah “kerajaan sementara” ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
“Tindakan kerajaan sekarang ini yang secara terang dan meluas menggunakan jabatan dan separa jabatan kerajaan dan peruntukkan kewangan mereka untuk membantunya adalah bertentangan sangat dengan keperluan diadakan pilihanraya yang bersih dan adil,” kata Abdul Kadir yang juga adalah bekas menteri pelancongan.


Pendapat aku :
SPR mesti betul betul berkecuali dan tidak memihak kepada kerajaan sedia ada serta amanah untuk menjalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada nya. Barulah pilihanraya akan menjadi pilihanraya yang benar-benar bersih.

Thursday, November 17, 2011

Tahniah Nur Faradalila & Cikgu Sek Keb Tmn Sri Pulai

Salam tahniah,
Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.


Tahniah kepada anak ZackJ, Nur Faradalila yang telah mendapat 5A  bersama-sama teman persejuangan seramai 48 orang. Tahniah juga kepada cikgu-cikgu Sekolah Taman Sri Pulai yang telah bertungkus lumus mengajar tanpa erti penat lelah. Tahniah juga kepada isteri merangkap emak kepada Nur Faradalila yang banyak berkorban masa dan tenaga demi memastikan anaknya mendapat 5A. Alhamdulillah, dia mengikuti jejak langkah abang dan kakaknya.


Terima kasih juga kepada teman-teman semua yang sama-sama mendoakan murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.


Semoga dengan keputusan yang dicapai ini, permohonan untuk memasuki SBP akan tercapai juga. Nur Faradalila memohon untuk memasuki Sek Men Sains Sembrong. Ya Allah, penuhilah permintaannya kerana beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar pada hari mendatang.



Seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

Tahniah sekali lagi untuk semua pelajar yang mendapat 5A. Dan yang tak berpeluang untuk mendapat 5A, usah lah sedih kerana banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuhi. Gagal untuk kali ini, bukan bermakna gagal untuk selamanya. 

Buktikan, anda semua boleh berjaya didalm bidang yang diceburi.

Pelajar 15 tahun, 20 kali biasa aje..

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Sumber : Harian Metro


Aishwarya Rai lahir bayi perempuan

Salam lawa...
Mana2 yang berminat dengan Aishwarya Rai  dan tak berpeluang untuk memilikinya tu, sabar la yer..
Ni ada peluang baru la pulak, kalau dulu2 teragak nak beristerikan dia, tak dapat, berbesan kan dia pun ok jugak kan...

Sekarang ni peluang masih terbuka, cepat-cepat la minang anak nya...Tetapi ini khas untuk yang ada anak lelaki aje..sebab dia ni melahirkan anak perempuan dekat hospital 7 bintang.

Aishwarya 37, berkahwin dengan Abhishek, 35, pada April 2007

Berbagai cara untuk tambah pendapatan

Salam sms..
Ni dia, kemudahan yang semakin senang.. gunakan lah dengan bijak...
Nak tambah pendapatan dan keseronokan...



KUALA LUMPUR – Sebuah pusat refleksologi yang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menawarkan pelacur diserbu lagi dengan seorang pelanggan didapati berada dalam keadaan berbogel disyaki sedang mengadakan hubungan seks di Taman Sungai Besi di sini kelmarin.
Sindiket yang menghantar SMS dengan menjadikan model kereta sebagai kata ganti kepada pelacur itu diserbu oleh sepasukan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman pada pukul 10.30 malam diketuai oleh Cif Inspektor Wiryanty Abd. Wahab.
Selain menahan empat lagi pelanggan, lima pelacur Thailand, empat Vietnam dan seorang warga Laos berusia 20 hingga 30 tahun turut dicekup.
“Ketika serbuan itu, kita dapati salah seorang pelanggan dan wanita warga Thailand dalam keadaan bertindih dan berbogel,” katanya yang turut menahan seorang penjaga premis.
Nak tau lagi, beli Kosmo

152,182 anak luar nikah dalam 2 tahun

Salam sedih,
152,182 orang, adakah angka ini boleh dibanggakan. Apa dah jadi dengan moral dan iman rakyat Malaysia???

Anak luar nikah bersepah merata-rata.

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.


Sumber : disini


Istana Negara

Salam istana baru,
Nah kau!!!...RM811 juta untuk Istana Negara yang baru.
Dalam keadaan ekonomi kembang kuncup dan terus kuncup ni, ada oarang selesa dapat duduk dalam mahligai indah..ada yang hanya dapat beralas surat kabar aje dan ada yang beratapkan daun pisang..

Dimana keperihatinan kita...???
Ada sesiapa yang nak duduk disini???

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan