Tuesday, October 25, 2011

Kasih Sayang - Kejayaan dan Kekayaan

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua
berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. 

Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :

"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. 

Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu".

"Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya.


"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
 

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!
 
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab.

"Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi.

"Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,

"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah". 

 Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira..

"Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!
Isterinya bersetuju. 

"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"? Kebetulan, menantu perempuan mereka
juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,

"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang?
Silalah masuk dan menjadi tetamu kami".
 
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain
juga bangun dan mengikutnya. 



Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?

Mereka semua menjawab : 
"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar,
tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-manasahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.  

DIMANA ADA KASIH SAYANG, 

DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!


Cerita ini, ZackJ ambil dari email yang masuk ke inbox pada tahun 2008

Games Dan Komputer

Games dan komputer memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anak-anak kita pada zaman sekarang ini. Anak-anak kita dah tak kenal permainan-permainan seperti batu seremban, congkak dan berbagai-bagai lagi permainan kanak-kanak dahulu. Permainan-permainan tersebut hampir pupus ditelan zaman. Kini ia hanya tinggal dalam kenangan kita sahaja.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa sekarang adalah zaman games, komputer dan internet. Memang benar, games, komputer dan internet boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada anak-anak kita. Namun untuk menghalang mereka daripada arus teknologi ini bukanlah merupakan satu tindakan yang bijak. Oleh itu, kita perlu fikirkan satu tindakan yang tidak meminggirkan anak-anak kita daripada arus perkembangan teknologi ini tanpa merosakkan akhlak dan pemikiran mereka.



Oleh itu, kita perlu beri mereka peluang untuk main games, tapi kita buang unsur-unsur negatif seperti seks, keganasan dan kelalaian yang sering dikaitkan dengan games yang dihasilkan oleh programmer-programmer barat. Sebaliknya kita sajikan mereka dengan games-games yang dihasilkan oleh anak tempatan yang mampu memberikan hiburan kepada anak-anak kita dan dalam masa yang sama dapat merangsang minda seperti www.xcellmind.net  dan menanamkan pemikiran-pemikiran yang sihat dan nilai-nilai murni seperti www.games.anakpintar2u.com  terhadap minda anak-anak kesayangan kita. Malah telah banyak pihak yang membangunkan portal-portal pendidikan untuk pelajar menghadapi peperiksaan seperti www.anakpintar2u.com/score2u bagi memanfaatkan kemudahan internet yang mirip kepada games.

Berikut adalah beberapa Kesan Buruk Games yang berunsurkan keganasan, seks dan ketagihan terhadap anak-anak berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar Psikologi dan Pediatrics.

1.Peningkatan gejala gangguan emosi.
2.Peningkatan dan gejala gangguan perilaku.
3.Penurunan prestasi memori verbal (kurang komunikasi).
4.Masalah perhatian/tumpuan seperti hiperaktif, ADD atau ADHD.
5.Menjejaskan prestasi akademik sekolah (ganggu masa belajar)
6.Menjejaskan perhubungan dalam keluarga, seperti hubungan dengan ibu bapa


Semoga perkongsian ini akan mendapat manfaat.....

Muflis, Dipenjara


SUDAH DIISYTIHAR MUFLIS, DIPENJARA PULA SEBULAN
Berita Harian 24 Okt 2011

SURADI Darius, berusia 43 tahun diisytiharkan bankrap pada 2004 akibat kegagalan melangsaikan hutang pinjaman kereta. Suradi diarahkan Pejabat Insolvensi Malaysia untuk membayar ansuran RM50 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang selari dengan perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005.

Isteri Suradi, Rosnah Mohd @ Sailan sebagai penjamin juga diisytihar bankrap. Suradi terpaksa membayar hutang isterinya RM50 sebulan menjadikan ansuran bulanannya ialah RM100.

Suradi tidak mempertikaikan keputusan mahkamah pada 27 September lalu kerana berdasarkan undang-undang. Namun, adalah keterlaluan dan tidak setimpal jika beliau dipenjarakan sebulan hanya kerana gagal membayar baki RM150.

Jika Suradi hidup mewah dan enggan mematuhi perintah mahkamah, wajar tindakan memenjarakannya dilaksanakan. Kes Suradi ialah yang pertama di Malaysia dengan tindakan memenjarakan si bankrap dilaksanakan sejajar dengan lunas undang-undang. Namun, persoalannya, adakah wajar dan patut beliau dipenjarakan sebulan?

Friday, October 21, 2011

Masa Berkejaran

Jangan Diikat Tanganku
Kurang lebih 2 minggu aku dalam kekalutan.
Terkejar sana terkejar sini. Masa bagaikan terlalu pantas pergi. Bergerak tanpa henti. Kehulu kehilir membawa diri. Aduh..penatnya memang tak terduga sebelum ini.

Seminggu berlalu pergi, menjelang minggu kedua hingga kehari ini, masih mengejar mendamba diri. Minggu ketiga menghadir diri, penat kelmarin masih terasa lagi.

Dapat aku mencuri masa tidurku seketika hari ni untuk menjengah keblog ini, mencatat sesuatu memaklumkan diri, jangan kata aku tak wujud lagi. 

Terima kasih aku ucapkan pada kawan-kawan yang sanggup menghadirikan diri, menjengah seketika meninggalkan cap jari, taklah rasa sunyi sepi.

Maaf kupinta kerana tak terbalas kunjungan yang penuh makna, sangat bererti bagi aku yang baru bertatih megharapkan pimpinan dari yang terlatih.

Mengorak langkah menuju kehadapan, sudah kupasti arah tujuan. Kejayaan menjadi harapan. Harapan bukanlah satu kuputusan. Keputusan adalah kejayaan. Kejayaan itu yang aku usahakan.

Nampak mudah, senang diperkatakan. Dipikul sama insan bersama insan, dalam mengukuh jama'ah merapatkan ruang, susuk  imam menjadi ikutan.

Sunday, October 9, 2011

Kisah Pembantu Rumahku, Jepun & Cina

Salam pembantu rumah,
Aku ni saja nak bagitahu yang aku ni ada pembantu rumah untuk meringankan beban isteriku. Bukan nak riak dan kecoh2. Dan aku yakin bahawa ko orang semua pun ada pembantu rumah kan.
Aku sekarang ni keboringan sebab mulai esok aku akan lebih bz dari hari2 biasa selama 1 minggu. Aku ditugaskan diluar waktu normalku...Banyak aktiviti yang perlu dilunaskan on time.

Oh yer, mengenai pembantu rumah tu, aku ambil anak dara jepun. Dia ni ok lah aku kira kerana menepati dengan kehendak aku. Dikala keboringan tak ada buat apa-apa, sesekali aku belai juga dia ni. Kekadang tu, orang umah aku tersenyum lega gak bila tengok aku melayan sidia ni. Tak tau la, mungkin rezeki aku, isteriku tak da rasa cemburu pula tu. Alhamdulillah, dapat isteri yang macam ni kan.
Ketika muda dulu
Sepanjang aku berkahwin, dah tiga pembantu rumah ku yang hanya buat kerja rumah yang satu ni. Mula-mula aku ambil jepun tu. Kira boleh la, sebab aku jaga dia dgn baik. Dia bertahan selama 11 tahun dengan ku. tetapi bila aku tengok dia ni dah semakin berusia dan dah tak memenuhi kehendak, aku buat keputusan untuk menukar dengan yang lain. Dia ni aku serahkan pada jiran ku. Isteriku rasa sedih juga bila berpisah dengannya. Maklum la, selama ni dia lah yang banyak membantu.

Aku rasa tak kisah, sebab aku dah ada perancangan lain. Untuk yang ni, memang aku tak beritahu kat isteriku. Nak buat kejutan la konon. Kali ni aku ambil cina pulak. Pagi aku terminate jepun yang dah tua tu dan tengah hari aku bawa pengganti. Ha, yang ni istimewa sikit, bandannya lebih gempal sedikit, putih dan nampak montok. Gebula katakan.

Tengah hari tu, agen pun sampai depan rumah ku bersama pembantu ku yang baru tu. Apa lagi, terkejutlah isteriku...dia terus tersenyum dan memeluk aku tanda kegembiraan. Apabila sampai depan pintu, isteriku cakap la jepun, aku diam aje,agen tu pun diam. Dia belek-belek, dia usap-usap untuk kepastian.

Dah masuk dalam rumah, aku cakap cina. Wah apa lagi, dia ambilnya passport cina tu, dia belek-belek lagi, sah cina katanya lagi. Kenapa tak ambil jepun katanya. Ha aku jawab selamba aje, yang ni besar putih gebu, mesti kuat. Jadi awak lagi boleh rehat sikit lagi. Yang jepun tu dulu aku ambil, yang masih remaja, comel tapi bodynya kiut...yang ni lak, montok....macam disuntik-suntuk gitu.hahhaha, puas hati...
Aku tak leh gambar betul, tapi cam nilah seadanya.
Biasanya, aku lah yang rasmikan dulu. haha, nak tengok power atau tak...huhuh, memang berbaloi, lincah aje dia ni...bila dah siap, aku pupuk-pupuk dia, lap-lap dia dan aku tidurkan dia. Maklum, hari pertama kan. Mestilah sayang, jaga baik. Isteriku tak kisah sangat, sebab dia tau, lagi banyak aku layan cina ni, lagi isteriku sayang kat aku.

Baru ajer sebulan bersama ku setiap hari, dah mula tunjuk ragam...aku bawa di ke kelinik. Aku dah rasa macam tak berpuas hati lak. Isteriku pulak, dah mula rasa tak seronok, bila dia tengok aku macam lesu aje. Tak ada semangat untuk membelai  sicina ni.

Confirm, 3 bulan aje dia mampu melayan kehendak aku. Aku call ajen tadi. Aku kata aku nak terminate cina. Aku nak ambil jepun semula. Aku lebih berpuas hati dengan dia. Layanan bagus, boleh bertahan lama walaupun setiap hari 3-4 round aku kerja pembantu tu. Aku puas serba serbi. Aku tak rasa bimbang pun. Isteriku pun senang hati dan rela hati diatas perbuatan aku.

Dalam pada tu, aku kesian pulak dekat cina ni, selepas aku hantarnya ke kelinik, aku serahkannya pada orang lain pulak. Jiran aku ni, pembantu rumah dia baru aje lari sebab sakit nazak.

Aku suka dengan agen ni, kalau aku call, dia mesti datang. Kali ni dia bawa jepun pula. menepati seperti yang aku mahukan. Agen ni suka sebab aku selalu tak taggguh, terus bayar. Dia tak pening kepala, aku pun tak pening. Bila kepala tak pening, segala urusan berjalan dengan teratur.

Aku puas, isteriku juga girang. Jepun ni dah berkhidmat selama 2 tahun untuk membantu isteriku dan juga melayan kerenah aku dan anak-anak ku. Aku puas hati dengan servisnya. Berbaloi-baloi. Aku berharap,biarlah dia boleh bertahan dengan ku selama mungkin. Paling tidak pun, seperti yang pertama dulu, 11 tahun. Yang ni aku ambil lebih mantap, lebih montok lebih gagah.

Ini lah yang terbaru. Dah 2 tahun bersamaku

Hutang Negara RM437 Bilion

“Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini. 


Kesian Rakyat
Ha, macam mana ko orang semua? Nak tolong bayarkan?


Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun..


Adakah menteri kewangan tak tahu macam mana nak uruskan negara yang kaya dengan hasil minyak ni??


Adakah rakyat Malaysia sanggup untuk dermakan separuh daripada hartanya untuk membantu kerajaan membayar hutang??


Terima kasih kerajaan..

Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012, Kesannya Pada Aku

Belanjawan 2012
Salam belanjawan 2012,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.

"Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam."

"Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini.



Kesannya pada aku...
S. Dalam sektor pengajian pekerja swasta, ada satu potongan dipanggil "PCBA" untuk cukai pendapatan, dan setiap bulan akan dipotong dalam lingkungan RM130 - RM 160 sebulan (bergantung pada pendapatan sesaorang pekerja tu).
Tetapi aku sungguh pelik dan terperanjat beruk...bulan September 2011, PCBA aku dipotong sebanyak RM900.00++. Apa? dah gila ke? Bila aku tanya HR, nak tahu apa jawapan dia ?


"Sistem gaji kita dikawal oleh LHDN". Memang sekarang ni, dalam satu tahun LHDN akan buat pemotongan lebih bayak dari biasa. Kalau u nak duit tu balik, u pergi ke LHDN buat permohonan dan akan mengambil masa 1-2 bulan utk dikembalikan duit tu."


Hello LHDN, apa benda yang ko buat ni. Dah gila ke? Kerajaan dah tak ada sumber ke? Duit rakyat pun ko nak baham? 


Jawapan aku, 
Ini semua adalah angkara Kerajaan Malaysia dah tak ada duit. Pilihan raya dah nak dekat. Duit segera diperlukan untuk memutar belitkan pemikiran rakyat.


Aku memang bengang sekarang ni...
Kan lebih baik aku simpan duit tu untuk beli cincin ni.
Cincin Berlian  RM72 juta


 Bingung betollll

Cucu - Cucuku, Senyap Semua.

Salam belanjawan,
"wah, berat la kalau cam gini" kata cik mat.
"apa yang beratnya cik mat?" tanya ku buat-buat tak faham.

aku dan cik mat boleh dikatakan selalu bertukar pendapat mengenai - ekonomi, politik, sosial, agama dan apa saja yang terlintas terutamanya isu-isu semasa. walau tak mantap hujah-hujah kami seperti orang-orang yang pakar, cukuplah sekadar untuk renungan bersama. yang baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan.

"apa tak beratnya, kau bayangkan, sekarang ni usia aku dah 52th. bermakna aku kena kerja lapan tahun lagilah kalau cam tu. bila masa aku nak merasa duit pencen, wang simpanan / saguhati. agak-agaklah kalau nak kerah tenaga orang. lagi, semakin ramai anak muda menganggur. dia orang nak bagi anak bini makan apa?" nada marah keluar dari mulut cik mat.

"sabar cik mat. mungkin ada pilihan tak?" kata ku untuk menenangkanya.

"zack, cuba kau ambil buku ni, kau tulis apa yang aku nak cakap". kata cik mat
"eh, tak payah la tulis-tulis ni, saya bukan pandai menulis pun" kata ku.
"baik, kalau kau tak nak tulis, kau ingat ni baik-baik" katanya perlahan.

"dalam bajet yang dibentangkan tadi, umur pencen dari 58th dinaikkan kepada 60th. apa rasionalnya? dia orang ni tak fikir ke?" luah cik mat. aku faham apa yang dimaksudkan.

.....untuk dipendekan cerita, antara beberapa buah fikiranya adalah seperti berikut :

1. makin ramailah jadi "penumpang" dalam jabatan.
2. makin banyak yang mengambil cuti sakit. dah tua masih berkerja. apa mereka ni kesah, cukup bulan menyembah mesin atm, cucuk keluar duit.
3. bila sakit, dah tua, produktiviti akan turun, kerja ala kadar jer.
4. peluang nak berjemaah, bermasyarakat akan kurang.
5. akan bertambah ramailah graduan menganggur.
6. mahasiswa / wi akan kempunan la nak kerja kerajaan.
7.
8.
9.
10
11.

ini yang aku ingat, yang lain tu ingat-ingat lupa, sebab tu aku tak taipkanya disini.
 tetapi yang aku tak boleh tahan apabila cik mat kata

" ah! nanti dekat sekolah, ramai atok-atok, nenek-nenek yang akan mengajar cucunya.."......deraian ketawa dari kami pun terhambur keluar...

apa pendapat ko orang??

Friday, October 7, 2011

Mak Dah Sunat?

"ayah! tunggu-tunggu, adik nak sama-sama" jerit Muhammad Azfar Faris.
terjengkit-jengkit berjalan bersama-sama lengan baju yang basah serta kaki seluar yang tersingsing sebelah.

"ok, ayah tunggu adik la ni. adik sebelah sini, mak dekat sebelah sini" kata ku sambil menunjukan tempat masing-masing.

"adik jangan main-main tau, ikut aje ayah" memberi arahan padanya sebab aku tahu, biasanya dia akan selesai dulu sebelum aku habis memberi salam.

"assalamualaikum w.b.t, assalamualaikum w.b.t"
astaufirrullahhalanzim, astauf...astaufir......"

"mak! cepatla bukak tudung tu, adik nak sikatkan rambut mak"..."adik dah lama tak sikatkan mak tau"...mak tu, asyik sikit sendiri aje. mak tu memang tau"...coletehnya.

Sambil menyikat rambutnya, mulutnya tak habis-habis berceloteh tah apa-apa yang aku kira tiada pemula dan penutupnya. begitulah keletahnya anak ku yang sorang ni...

antara coletehnya.."mak! nantikan adik dah sekolah, adik nak cuba-cuba sunatla. adik dah tak sabar, rasa macam nak sunat aje"...

aku tersenyum rasa gelihati. pada hari isnin selepas pendaftaran sekolah tabika, memang aku ada cerita denganya tentang sunat-sunat ni. aku cadang nak sunatkan hujung tahun ni. aku sangka, dia dah lupa tentang tu. rupa-rupanya perkara tu masih bermain difikiranya....

"ok, hujung tahun ni adik sunat , nak tak? nanti bila adik dah sekolah, adik tak payah sunat lagi" sampuk ku.

"mak dah sunat?" tersentak aku bila mendengar soalanya pada isteriku. aku cuma diam membisu sambil mengerling pada isteriku...

"eh! mak, kecik-kecik dulu dah. lebih kecik dari adik tau." isteriku memberi penjelasan sambil tersenyum-senyum melayan gelagatnya..

"power la mak. mak-mak, tak sakit ke?"
"tak lah, relex aje. perkara yang baik, mana ada sakit". .."mak nak tanya adik ni kalau adik makan, sakit tak?" soal maknya pada anak ku.

"tak! makan kan sihat, nanti boleh gi sekolah. adik makan adik jadi power". jawabnya bersungguh-sungguh.

"makan tak sakit kan? makan kan perkara baik, sunat pun perkara baik, sebab tu tak sakit"..hurai istri ku.

"adik! dengan orang lain, adik jangan tanya macam tu tau. malu la. nanti kalau kat sekolah, adik tanya dengan kawan perempuan, kawan adik nanti marah adik. kalau cikgu dengar, nanti cikgu pun marah adik". kata ku padanya sambil memeluk-meluknya dalam dakapan ku...

cerita ni baru saja semalam berlalu  sesudah solat maghrib...
anak-anak zaman sekarang sungguh berbeza ketika aku masih kecil dulu. semasa kecil dulu, aku sering ditakut-takutkan mengenai sunat ni. ada yang mengatakan guna parang la, kapak la, gergaji lah dah berbagai2 lagi ditakutkan oleh orang yang lebih tua dari aku....

Ketam Ketam Malaysia

Salam ketuk KETAMpi
Haha, entri pumbuka hari baru...tetiba aje teringin nak makan ketam. Rasanya 2 minggu lepas baru ajer makan.
Jadi nak makan sekarang ni memang lah tak dapat...nak keluar? Huh ! sejuk-sejuk macam ni, baik duk rumah lagi bagus..
Jom kita tengok, ketam-ketam yang ada kat dunia yang fana ni....manalah tau, kot2 ada yang tak penah tengok..yer tak?
Ketam Bunga.
Ketam ni banyak apabila tibanya musim buah
Selalu boleh didapati dipasar-pasar atau kedai runcit.
Dia ni selalu bermain-main dicelah-celah pokok bunga kertas.
Boleh dimakan dan memakan

Zj - Auta


Ketam Nipah
Ketam ni biasanya banyak di rumah-rumah ternakan.
Boleh didapati dengan mudah ditepi-tepi jalan.
Kalau yang liar, tinggal dipaya bakau.
Daging bahagian sepit, memang sedap

Zj - Fakta

Ketam Batu
Ketam batu memang keras
Badanya ketul2 sebab selalu masuk gym
Dinegara GohetGostan, dia orang buat jalan guna ketam ni, jadi sebagai pengganti batu.

Zj - Auta


Ketam Kayu
Ketam ni tak boleh diternak dan tak boleh dijadikan lauk.
Penjaga ketam ni adalah tukang rumah berasaskan kayu
Makanan ketam ni adalah kayu, kalau dia dah mula makan, kayu akan jadi licin bagai telur dikupas. Sepesis ni semakin monophous.
Badan ketam ni diperbuat dari kayu.
Zj - Fakta




Ketam Rambut
Ini ketam rambut manual, tak ada auto gear, tak menggunakan eletrik.
Makanan dia adalah rambut, tak kira usia, dia tibai aje.
Penjaga dia adalah tukang gunting rambut dulu-dulu, spesis ni semakin pupus apabila ketam2 muda/moden dah ada berlambak dipasaran.
Dipasar basah, memang tak ada jual. Tak boleh jadi lauk
Zj - Fakta




Ketam - Encik Crab
Ketam jenis ni pandai berniaga, selalaunya dia akan jadi tokey yang kedekut. Mempunyai kuli yang sangat setia.
Biasa tinggal didalam kotak2 TV dekat rumah masing2. yang selalu mengikuti perkembangan dia adalah anak2 sekolah, ada juga org tua yang terlibat..Awak ler tu...Dia tak ada saudara kat dunia ni.
Zj - Fakta




Mengiring Bersama Ketam Batu
Ketam ni, pandai bercakap, berpuisi, berpantun dan melawak.
Ketam ni sekarang sedang belajar untuk mengajar.
Lama dah tak nampak dia. Dulu selalu komen2 dekat sini.
Ketam ni ada nama tau, kalau tak caya pergilah ke JPN.

Zj - Fakta


Inilah dia serba sedikit tentang ketam-ketam yang ada di Malaysia.

Thursday, October 6, 2011

Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 55 Tahun? Ada ke???

Salam pening kepala...
Sejak daripada celik mata, pandai mendengar, pandai bercakap aku telah diberitahu tentang zalimnya orang nepon, orang putih, orang hitam, coklat ungu serba warna ada...(lebih la pulak)..


Selepas 54 tahun merdeka...


"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya pakar sejarah bertaraf Prof...


Polemik timbul, apabila awal bulan lalu, sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling mendakwa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.


"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.


Orang Malaysia dah ramai yang BENGONG!!!! 
Hospital Bahagia perlu diperbesarkan lagi...














Ada ke sambutan untuk tahun depan??

Kucing Dapat Pembelaan, Bayi Bila Lagi?

animal cruelty at animal care centre, Petnode Online Pet Store
Tujuh kes kezaliman melibatkan insiden di premis penjagaan haiwan Petknode Online Pet Store pada September lalu berjaya dikumpulkan bukti dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong.

Daripada tujuh kes itu, tiga kes melibatkan enam ekor kucing telah mendapat saksi pertuduhan dan pegawai penyiasat akan mengemukakan kes-kes tersebut ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk pendaftaran saman dalam tempoh dua hari.


Untuk berita penuh, boleh baca disini
Ha, apa lagi kawan...haiwan pun boleh dapat pembelaan....

Tetapi, bilakah bayi yang tak berdosa ini akan dapat pembelaan....
Renung-renungkan...

Suci Dalam Debu..

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

......................


Ingat lagi lirik lagu ni... dendangan kumpulan Iklim...
rock leleh beb....


Masa lagu ni tengah rancak dimainkan, Zj masa tu masih bersekolah lagi...lama tu beb...
Masa tu juga, tengok anak anak muda...rambut panjang mengurai, seluar ketat, kasut boot, black jaket, buckle beso...banyak yg guna gambar tengkorak....


huhu...kisah silam

Wednesday, October 5, 2011

Pengalamanku

Salam kenangan

Huhu...sedar tak sedar dah 17 tahun aku dialam pekerjaan. Aku nak imbas kembali dimana aku bermula dan tak tahu dimana akan berakhir...

Rawang
1. Hong Lee Tyre
2. Litako

Muar
1. Muar Ria Plastic
2. Anchor Electronic > Flaris > Citra

Pt Bakar
1. x ingat
2. x ingat

Tangkak
1. Suga
2. Channel

Tampoi
1. Flextronics
2. Celestica

Senai
1. ***
2. Telah memanggil-manggil....sabo yer nak, Zj sedang buat research ni...

Next...

Tengok tu, semua kawasan ada 2...

Sydney Opera House

Salam informasi
Keajaiban abad ke-20. Tapak Warisan Dunia. Sebuah mahakarya senibina yang dianggap mengagumkan pada zamanya.


Fakta-fakta penting mengenainya
-Binaan ini berukuran kira-kira 185 meter panjang dan 120 meter lebar, ia mempunyai lebih 1000 bilik di dalamnya.

-Arkitek dari Denmark, Jorn Utzon, mereka Opera House. Hasil ciptaan beliau telah terpilih antara 233 penyertaan dari 33 negara dalam pertandingan reka bentuk antarabangsa pada 1956.

-Titik tertinggi bumbungnya ialah 67 meter melebihi paras laut, hampir setinggi bangunan 20 tingkat.

-Cengkerang bumbung berpahat daripada konkrit yang besar terdiri daripada 1,056,000 keping jubin berwarna putih sejuk yang berkilat. Dibuat di Sweden, jubin yang mencuci sendiri ini perlu diganti sekali-sekala.

Lihatlah sendiri hasil seni yang indah ini...

Salam pelancongan...tak sabar rasanya..huhu

Bilalah agaknya Zj dapat ke sana bersama keluarga tercinta...

Teruja 2 - Ben Ashaari

Salam keterujaan...
Semalam memang zj kurang berinternet disebabkan kesuntukan masa. Kalau baca Zj punya entri yang sebelum ni...itulah jadual hari semalam.

Malam dan bawa ke pagi ni, adalah sedikit masa untuk aku mencatat sesuatu dan mencari serta membaca diblog blog yang aku suka. Ada satu blog ni, memang aku suka pergilah dan aku telah letakkan linknya di blog aku juga bagi memudahkan aku meng "klik"nya. Blog sapa lagi kalau bukan blog Ben Ashaari.

Alangkah terkejutnya Zj bila baca entri yang ini "5 blog baru pilihan BEN ASHAARI"
Memang teruja betul..Terima kasih Ben.

Lihat gambar ni...yang ada bulatan biru tu, Zj punyalah....

Memang betul betul teruja.

Jam 4 Pagi

Salam,
Hari ini jam 4 pagi aku telah bergerak ke Muar dengan ditemani isteri dan anak bungsuku yang berusia 4 tahun.

Selepas aje posting entri "Mau Ke Muar Aku" niat dihati untuk masuk tidur, tetapi entah kenapa puas aku kejamkan mata, tidur punya mood masih tak masuk2 lagi...aduh, golek2 hinggga la jam 3.30am masih tak lelap lagi...tak tau kenapa....

Bangkit aje dari tempat pembaringan, capai tuala terus mandi...hampir jam 4.00am hujan pula turun mencurah2 dengan lebatnya...waduh waduh...nekad, cakap ngan org umah...kita mesti gerak jam 4.00am, jika tidak kita tak dapat jumpa dengan Firdaus sebelum dia menduduki paper BM....

Kami bergerak dengan diiringi hujan lebat....setiba di Sedenak, hujan mulai reda..kami teruskan perjalanan seperti biasa...Tanpa disangka, hujan serta ribut turus setibanya kami di Seri Medan. Pemandangan yang saya jangkakan hanya boleh melihat 10 meter kedepan sahaja, dengan perlahan kami meluncur..jam menunjukan sudah pukul 6.00am...Biasanya, jika cuaca baik, dalam masa lebih kurang 2 jam kami akan sampai di Muar.

2 jam sudah berlalu, destinasi yang dituju masih jauh lagi...hujan tak menunjukan tanda untuk teduh...6.40am kami sampai di Parit Limbung, berhenti di sini ketika untuk menunaikan Subuh, agak lewat kami....

Tanpa berlengah, kami teruskan perjalanan. 7.05am kami sampai di tempat yang dituju. Kami berdua keluar berbekalkan sekaki payung..meninjau-ninjau keperkarangan Asrama Putra...tidak kelihatan....Kami berarak pula ke sekolahnya pula..kami tahu, dia pasti belum masuk kedewan lagi, sebabnya peperiksaan hanya akan bermula pada jam 8.00am.

Tempat pertama yang kami tuju adalah surau..Ya, memang tepat jangkaan kami..alhamdulillah, dia sihat..

"Awak gi sekolah pukul berapa bang" soalku.."6.50 tadi abang dah tiba sini". jawabnya.
"Cepat". ringkas kataku. "Saja, mencari ketenangan" katanya...errmm

"Abang! awak dah sarapan" soal isteriku. "Dah minum tadi, tak pe lah, nanti rehat pukul 9 suku, abang makanlah. errmm cam tak de selera la" jawab Firdaus sambil tersenyum-senyum...

Setelah kami berbual, memberi kata rangsangan lebih kurang 20 minit, kami pun beredar menuju ke kedai makan berhadapan dengan sekolahnya...Dia pun pergi untuk mendengar sedikit taklimat dari guru yang bertugas sebelum memasuki dewan peperiksaan....

Selepas sarapan, kami duduk di surau sekolah, buat apa yang patut...9.20 aku dan isteri menuju ke kantin sekolah untuk membeli sedikit makan untuk diberikan padanya....

Hujan dah mula berhenti...10.00am kami meninggalkan sekolah untuk ke sekolah Agama Parit Bakar Tengah untuk mengambil keputusan KAFA untuk Nur Faradalila. Setahun dia bersekolah disini sebelum mengikut kami ke JB. Selesai aje kami berurusan, bergerak pula ke Kg Parit Payung Jalan Abd Rahman (Keluarga mertuaku)

Dirumah ini lah aku dinikahkan dengan isteriku...Mak mertuaku ada dirumah bersama menantunya yang baru melahirkan anak sedang menatap Metro yang dah terlepas tarikhnya...Dia sedang membaca tentang perkahwinan Nabil....huhuhu...

kami dirumah mak tak lama. Jam 11.30am kami mula meninggalkan rumah mak untuk menuju ke sekolah Firdaus. Peperiksaan tamat jam 11.50am...Ambilnya di sekolah, bawa dia pegi makan tengah hari di restoran berhampiran dan hantarnya ke asrama semula. jam 2.00pm ada satu lagi peperiksaan akan didudukinya..

Kami bergerak ke JB jam 1.00pm. Cuaca redup dan menyeronokan sebab tak panas...Sebelum sampai rumah, kami 3 beranak singgah pula di Giant, membeli keperluan untuk sarapan hari esok....jam 4.10pm kami sampai di rumah kami....saya terus meluruskan pinggang...keletihan, sedar2 jam telah menunjukan jam 6.15pm..bergegas bangun kerana ada tugas yang belum disempurnakan...

Penat, memang penat, tapi kami puas......singga entri ini di "post" (1.56am@5/10) saya masih belum tidur lagi...mungkin disebabkan keletihan dan dicampur kena hujan pagi tadi, isteri pula diserang demam...kesian saya melihatkan keadaan isteri...seorang wanita yang tabah dan terlalu baik untuk saya...

Sayang, kaulah isteriku dunia akhirat...

Tuesday, October 4, 2011

Mau ke Muar Aku

Salam 4 Oct,
Hari ni jam 4 pagi, dah bergerak aku ke Muar. Dah aku suruh isteri tidor siap-siap. Nanti aku pandu, boleh tolong dia jaga-jagakan.

Sampai sana nanti, mau aku jumpak anak aku yang sulung itu, mau ambik PMR katanya.
Mau ucap pada dia kata-kata semangat. Ayuh!!! anak ayah mesti boleh!

Sudah mau tidur aku.

Doakan perjalanan Zj selamat pergi dan balik yer..

Salam terima kasih

Monday, October 3, 2011

Hari Yang Senyap

Salam PMR,
Esok 4/10, seluruh sekolah menengah 1 Malaysia akan sunyi dari hiruk pikuk seperti hari-hari biasa.
Itu menandakan PMR sedang bermula.

Signboard "Senyap ! Peperiksan Sedang Dijalankan" akan terpamer di setiap jalan menuju ke dewan peperiksaan.

Ada anak-anak yang ambil PMR? Kalau ada, Zj doakan semoga mereka semua beroleh ketenangan ketika menjawab soalan.

Muhammad Nur Firdaus yang sekarang ni bersekolah di Sek Men Dato' Sri Amar Diraja, Muar. Esok anak ayah akan menduduki peperiksaan..."jawab dengan tenang ya nak...ayah doakan semuga abang beroleh kejayaan yang cermerlang.Walaupun abang jauh dari mak ayah, percayalah abang sentiasa dekat di hati mak dan ayah"

Salam kejayaan

Lanjutan Pendaftaran Tabika

Salam petang Isnin
Semalam zj ada beritahu nak daftarkan anak zj yang no 6. So pagi tadi dah tertunai.

Sampai aje di perkarangan sekolah tabika, secara kebetulan cikgunya sedang berdiri didepan pintu, terus saja zj lemparkan senyuman. Cikgu Zalina tenung aje (mungkin mengingatkan siapa yang memberikan senyuman agaknya), almaklum dah 3 tahun tak berjumpa dengan Cikgu Zalina selepas anak yang ke 5 - Muhammad Haziq Farhan meninggalkan sekolah itu.

Hampir sahaja kedepan pintu sekolahnya, "En Zack! wah, lama nya tak nampak...mana menghilang?"..Jerit Cikgu Zalina..."hehheh, ada cikgu, sekarang ni agak sibuk sikit" zj cuba memberi alasan...

"hahaha..masuk, masuk...ni yang no 6 kan? Ada lagi lepas ni? tanya Cikgu.
"Last cikgu" rasa malu pulak bila ditanya bergitu..

"Adik mari, duduk kat sebelah cikgu. Awak tahu tak, semua abang dan kakak awak sekolah kat sini dulu. Nama dia semua cikgu ingat tau" kata cikgu Zalina pada anak zj - Muhammad Azfar Faris.

"En Zack, Farhan sekarang macam mana? Firdaus, Diyana, Dalila, Dahlia....lama tak jumpa dia orang tu..rindu rasanya..." Coleteh Cikgu Zalina. Saya hanya tersenyum aje..

Semua anak-anak Zj memang rapat dengan Cikgu Zalina...kami semua terputus hubungan apabila kami berpindah dari kediaman sekarang, itu pun disebabkan isteri zj kehilangan no tel Cikgu Zalina....HP kena virus, format balik semua hilang.

Emmm, bermakna untuk tahun 2012, semua 6 orang anak zj akan bersekolah...alamatnya, emaknya keseoranganlah duduk dirumah... ada makna tu....hehehehe

Teruja - Ben Ashaari

Salam ceria,
Zj berasa bertuah pulak hari ini. Patutlah mata tak nak tidur lagi walau pun jam dah menunjukan 2.27am. Rupa2nya ada sesuatu yang nak dikongsikan. Manakan tidak, hari ini Zj ada melayari bolg yang tersohor diserantau alam.

Siapa yang tak kenal dengan Ben Ashaari. Blogger yang begitu gigih berbelog sehingga dapat menghasilkan pendapatan yang berbaloi tanpa meninggalkan rumah dan anak isteri diwaktu malam untuk mencari pendapatan sampingan.

ZackJ benar2 rasa terpanggil untuk menjengah blognya dan terus membaca satu entrinya tentang "Maaf ! Aku tak nak anak". Seperti biasa, jika zj suka atau tertarik dengan entri blogger tersebut, zj akan memberi komen. Walaupun komennya tak seberapa. Selalunya, zj memberi komen, zj akan datang semula untuk melihat komen yg Zj bagi, sama ada di "approved" atau tidak.

Fuh,  leganya Zj apabila mendapati Abg Ben "approve"kan komen tersebut, dan seterusnya Zj terus membaca entri yang lain.

Tut..tup...satu entri yang zj baca tu di bawah sekali ada tertulis Blog Pilihan : tnZackJ
Wah! alangkah terujanya ZackJ pada ketika itu dan terus menulis entri ini.

Jom baca pasal Mamat Khalid di blog Abg Ben

Depan Komputer

Salam awal pagi,
Saja aje, mata belum mengantuk lagi ni. Nak tanya kawan2 semua...
Setiap kali anda berada didepan komputer berinternet, web apakah yang kawan2 masuk dahulu?

Zj tak kira, apa yang terlintas difikiran, itulah yang Zj cari...taiptaiptaip...caricaricari...kalau dah terjumpa apa yg dicari...bacabaca dapatkan info, pas tu klik iklan2 yang berkaitan tentang info yang zj baca tadi...

Dalam masa yang sama, Zj buka blog ni..mestimilik..buat bw membalas teman2 yang singgah ke blog zj...sambil2 tu terjah2 blog orang lain melalui chatbox dia orang...begitulah rutinya jika zj berada depan komp...

Lagi, yang dikatakan tak boleh tinggal adalah  membaca berita di Malaysiakini dan juga TKO (tranungkite.net) dan mudah.com sambil2 layan metro..

Kawan-kawan bagaimana pula?

Sunday, October 2, 2011

Daftar Tabika

Salam ceria selalu,
Esok pagi hari Isnin (3hb Oct) aktiviti penting yang harus ditunaikan. Esok nak bawa Muhammad Azfar Faris (4th) anak Zj yang no 6 ke sekolah tabika untuk pendaftaran kemasukan tahun 2012. Memang, sekolah inilah yang akan zj masukkan setelah semua anak2 Zj mencapai usia 5 tahun. Alhamdulillah, 5 orang yang lepas semuanya dapat pendidikan awal disini dengan cikgu yang sama. Nampak keserasian dan kesesuaianya.

Telah menjadi kebiasaan, sebelum mereka semua di masukkan ke pendidikan awal, Zj dan isteri akan pastikan mereka semua mesti tahu mengira, menulis, mewarna, melukis dan sekurang2nya mengeja dan membaca perkataan2 yang mudah. Ini adalah tanggungjawab utama yang mesti ada pada semua ibu bapa. Alhamdulillah Muhammad Azfar Faris telah melalui fasa ini. Kesekolah ini untuk mendapatkan pendidikan secara formal pula.

Hahah..sedang menaip entri ini, Muhammad Azfar Faris tiba-tiba datang menerjah..."Ayah, esok jangan lupa tau, adik nak masuk sekolah, mak cakap"...
Zj tersenyum sambil membalas.."eh, adik nak gi sekolah ni, adik dah tau kira ke?.
"tauuuuu (panjang nahunya), cuba ayah dengar ni...1,2,3...20 & A, B, C ....Z & 1(one), 2 (two)....twenty & Alif, Ba, Ta....Ya...eleh, ayah tak tau...) sambil belari keanak-anakkan meninggalkan Zj...

Zj menaip entri ini sambil tersenyum mengingati keletahnya...

Seharian Di Rumah

Salam dari dalam rumah
dari Subuh tadi hanya duduk di dalam rumah, kemana pun tak pergi cuma pergi ke kedai beli santan kelapa. Santan kelapa untuk masak ikan. Ikan cencaru bakar masak sambal goreng. Fuhh sedap, lama dah isteri tak memasak lauk ni..

Ermm, hari ni org tua dari kampung nak singgah di rumah. Tu yang masak lauk kegemaran ayah mentua Zj.
Tengah hari tadi mereka sampai dirumah. Mereka sampai seramai 6 orang. 4 dewasa 2 kanak2 (anak saudara zj - namanya Muhammad Nur Fikri dan Muhammad Nur Faris - comel dan manja.

Ayah, mak mertua, pak usu dan adik ipar Zj serta 2 anaknya. sampai lebih kurang jam 1.40pm. Mereka semua baru sahaja balik dari melawat pak saudara Zj yang terlantar di hospital (HSAJB). So sebelum balik ke kampung, mereka singgah di rumah untuk berehat sekejap.

Sampai-sampai aje mereka semua solat zohor dulu. Sementara itu org rumah Zj hidangkan makanan, sebab semalam dah beritahu, kalau datang ke JB jangan lupa singgah. Alhamdulillah, walaupun lauk tak seistimewa restoran, mereka semua sudi untuk menjamu selera sambil melayan anak cucunya di sini.

Lauk yang dimasak oleh isteri - Cencaru bakar masak sambal goreng, ayam masak merah, ikan kembung goreng dan  sayur capcai...minuman pula air cincau di buat oleh Nur Faradalila anak no 3 - yang nilah Zj panggil Ebi (12th) baru sahaja selesai menduduki UPSR - doakan semuga berjaya yer.

Selesai aje makan, mereka semua berehat sekejap dan sambil-sambil meminum air panas yang telah disediakan. Kami semua borak2 termasuklah bertanya kabar pak sedara zj yang mereka lawati tadi. Alhamdulillah, dah beransur pulih keadaanya. Oh yer, 2 minggu lepas Zj ada juga melawatnya.

Mereka semua tak lama disini sebab adik ipar Zj meninggalkan isterinya di rumah dalam keadaan berpantang - lebih kurang 3 minggu, anak yang ke 4 yang diberi nama Muhammad Nur Faiz

Pukul 3.50pm, mereka semua pulang ke kampung, alhamdulillah jam 6pm mereka semua selamat ke distinasi.

Terima kasih mak ayah kerana dalam kesuntukan waktu, sempat juga menjengah kami sekeluarga disini.

Salam bahagia.

Belanja Roti Canai

Salam tengah malam,
nak cerita lagi tentang Nur Faradiyana.

Lepas magrib tadi Zj telah diarah tokey Sirap Bandung Cincau...bukan arah, Diyana minta tolong untuk belikan roti canai untuk kami sekeluarga...hahahah dia kata nak belanja roti canai sebab ada untung siang tadi..alaihai, perihatinya anak ayah...

Dia bagi Zj RM15 untuk beli 10 keping roti canai...Apa lagi Zj ambil la sebab org dah bagikan...Tiba di kedai, Zj oder teh tarik dan limau suam untuk minum disitu sambil2 menunggu 10 keping roti canai dan sebungkus mee goreng...oder lebih la pulak...Oh yer, Zj pergi bersama isteri...sebab tu oder 2 gelas air...bukan minum sorang tau..

Belum pun habis air diminum, mee goreng 1 bungkus pun sampai...sat lagi 10 keping roti canai pun tiba...

"Bang, kira"....tetetetettet "RM13.70.." kata abang kedai tu....
"Nah"... Zj hulur RM15....baki RM1.30...

Setiba dirumah, terus aje Zj hulurkan roti canai pada Ebi (anak Zj yang no 3 - 12th) untuk dihidangkan. Rupanya, dia orang duduk rumah dah siap dengan minuman panas...Kopi "0" sebab dia tahu, Zj suka minum air ni...untuk Zj ajer...anak2 Zj tak berapa suka minum air manis, mereka suka dengan air suam aje...
Untuk emaknya pula, dia buatkan air Nescafe...

Alhamdulillah, anak2 Zj dah boleh diharap untuk buat kerja rumah serba sedikit...masak air, nasi, goreng ikan,telur...insyallah dah boleh dimakan...Tahniah anak2 ayah...Ayah berbangga dengan kamu semua..

Selesai aje makan,Dek Ya (anak Zj yang no 4 - 11th) terus angkat pinggan mangguk untuk dicuci...

"Kak, nah duit baki RM10" panggilan Zj kepada Nur Faradiyana...
"Eh...tak kan murah sangat ayah? Kenapa bakinya banyak sangat?"..Soal Diyana pada ayahnya...
"Entahla kak, orang kedai tu kata, duit akak yang RM10 tu tak laku. Dia pulangkan balik" balas Zj padanya.
"Tak mungkin, ini duit betul la ayah. Ayah tengok ni, benang emas ada, gambar agong pun ada"...tanda tak puas hatinya....
Zj hanya tersenyum...

"Alah kak, ayah awak tu saja aje...ayah dah cakap ngan mak, ayah nak pulangkan RM10 pada awak sebabnya ayah tak sampai hati nak ambil duit awak tu. Ayah guna duit sendiri. Tu ayah guna RM5 sebab ayah kata nak tunaikan niat awak untuk belanja adik2 makan.."  celah isteri Zj dalam perbualan kami berdua...

Giliran Diyana pula tersenyum...

"Akak! jika awak dah besar nanti, dah ada pendapatan sendiri, perlu di ingat, setiap pendapatan kita, sedikit daripadanya adalah hak orang lain. Sebab tu, dalam Islam mewajibkan kita untuk berzakat"...Zj terangkan kepadanya...
Diyana hanya diam, tersenyum dan menganggukkan kepala tanda faham akan penjelasan tu...

Salam ceria-ceria tengah malam....

Saturday, October 1, 2011

Hasil Jualan

Salam kepuasan,
Tut..tut..tut...Nur Faradiyana call suruh ambil dia dari sekolah...
haha, dah penat berniaga di sekolah Sirap Bandung Cincau...sampai aje di sekolah, lihat mukanya riang gembira walaupun kepenatan...tahulah apa maknanya tu..

Mesti untung berniaga...ya..memang dia ada keuntungan walau tak banyak mana tetapi dia puas...modal yang Zj keluarkan untuknya memang berbaloi...mana taknya, modal RM23.00 untung RM90...banyak tu...kalau makan gaji,setengah hari tak tentu lagi boleh dapat sebanyak tu....tahniah, pandai anak ayah berniaga...

Setiba aje dirumah...dicium-ciumnya duit keuntungan itu..tanda kesyukuran dan kepuasan...hingga saat entri ini ditaip, masih tak habis cerita kepada maknya tentang perniagaan yang dijalankan tadi....nampak sangat seronoknya...

Ni dah siap plan lagi, jika ada aktiviti di sekolah, dia nak berniaga lagi...Zj tersenyum dengan gelagatnya..
Jika begitu, Zj sarankan..lain kali boleh buat Tea-O Laici pula...bagi Zj air ni sedap hingga titisan air yang terakhir

Tahniah pada Nur Faradiyana...semoga semangat untuk berniaga sentiasa berkembang mekar dalam sanubari.

Sirap Bandung Cincau

Salam ceria pagi,
Pagi2 hari telah minum sirap bandung cincau. Apa rasanya...sedap sehingga kering air di dalam gelas...

Pagi-pagi dah sampai Sek Men Desa Skudai. Ada aktiviti hari ni. hahha, bukan Zj yang terlibat, tetapi anak yang no 2. Hari ni dia ambil bahagian dengan membuka gerai jualan...Nur Faradiyana berkongsi dengan 4 temannya...

Menu jualan gerainya adalah Air Sirap Bandung Cincau, tu yang pagi-pagi lagi dah kena bancuhkan untuknya...bancuh siap2 dari rumah, bawa sekolah untuk jualan...hahahha tu yang pagi2 dah dapat minum sirap bandung....Kawan2 nya pula menjual kentang goreng...dapat juga merasa tadi..

Zj suka, jika anak2 minat untuk berniaga, semoga jiwa niaga akan tertanam hingga dewasa dengan harapan perniagaan akan menjadi kerjayanya.

Nur Faradiyana - 14th, anak Zj yang no dua. Semasa di tingkatan satu bersekolah di Muar - Sek Men Dato` Sri Amar Diraja. Tingkatan dua di tempat lain pula...kesian dia...dua tahun sekolah menengah di dua tempat yang berlainan. Walaupun begitu, ada baiknya sebab Nur Faradiyana ada ramai kawan di daerah yang berlainan.

Sesekali balik Muar, pasti Zj akan hantar dia ke asrama lamanya untuk bertemu teman2 lamanya...seronok bila mereka dapat berjumpa....Kami suami isteri tumpang seronok juga bila anak2 rasa seronok...

Ahakkss...2,3 entri banyak cerita tentang anak2 aje...

Sirap Bandung Cincau satu.....siapppppp

Alhamdulillah

Salam sihat selalu,
Alhamdulillah..terlaksana jua pengisian borang SBP..tinggal nak print and submit pada Guru Besar sekolah untuk pengesahan dan selepas tu hantar ke sekolah yang dipohon.

Mudah-mudahan untuk anak yang ketiga ini berjaya ditempatkan ke SBP. Yang pertama dan kedua dulu dah mohon, tapi tak berjaya walaupun semua syarat telah dipenuhi. Mungkin bukan rezekinya. Untuk penawar dukanya , ZackJ katakan adalah...ini bukanlah jalan penamat untuk berjaya dalam kehidupan. Buktikan bahawa walaupun tidak sekolah di SBP, anak-anak ayah akan tetap cemerlang didalam pelajaran dan mampu untuk menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang, Insyallah. Kejayaan milik setiap insan. yang penting, anak-anak ayah akan jadi orang yang berguna untuk agamanya.

ZackJ juga selalu berpesan dan mengingatkan anak-anak dengan perkataan begini..."Ayah tidak mampu memberikan harta bertimbun untuk mencurahkan kekayaan kepada anak-anak ayah. Ayah cuma ada pensil untuk diberikan, maka gunakanlah sebaiknya untuk meghasilkan apa yang anak-anak ayah inginkan. Mata pensil itulah yang akan mencorakkan kehidupan masa depan anak-anak ayah."

Alhamdulillah, mereka semua faham apa yang dimaksudkan. ZackJ dan isteri sentiasa memberikan sokongan kepada mereka selagi mereka ingin belajar. Usaha dan tawakal kepada Yang Maha Esa.

4 Oct 2011, anak sulung ZackJ - Muhammad Nur Firdaus akan menduduki peperiksaan PMR disekolahnya di Muar, jauh diperantauan...Doa kami sekeluarga, semoga segala urusanya dipermudahkan oleh Allah, hanya kepada Allah kami berserah setelah segala usaha dilakukan. 

Jika ada teman2 terbaca coretan ini, minta sangat-sangat mendoakan kejayaan Muhammad Nur Firdaus. Untuk tujuan ini juga, kami sentiasa doakan kejayaan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR yang mendatang.

Salam muhibah, salam kecemerlangan...

Sekalung Penghargaan